Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook

Pernahkah anda mengalami masalah kualiti gambar atau video kabur apabila diposting di facebook? Atau kualiti gambar yang diupload tidak sama dengan kualiti gambar asal? Sememangnya masalah ini sangat sering dialami oleh segelintir pengguna laman sosial facebook kerana tidak mengubah kualiti postingan gambar atau video di bahagian setting. Oleh itu, dalam ulasan blog kali ini saya akan memberikan anda tips mudah agar kualiti gambar atau video yang anda upload di facebook dalam keadaan paparan kualiti HD. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah masuk di bahagian setting & privacy facebook. Setelah itu, tekan di bahagian media. Setelah anda masuk di bahagian media, anda akan melihat tampilan seperti dalam gambar di bawah. Dalam bahagian video and photo settings, aktifkan ketiga-tiga fungsi berikut seperti yang ditandai dalam gambar. Apabila fungsi ini diaktifkan, maka postingan video atau gambar di facebook anda akan bertukar kepada kualiti paparan...