Langkah-langkah mencegah penularan wabak Covid-19

 Pertambahan pesakit Covid-19 pada setiap hari menyebabkan hospital tidak mampu menanggung lebih ramai pesakit lainnya lagi. Tambahan pula, pertambahan pesakit Covid-19 ini menyebabkan kekurangan alat perubatan. Hal ini menyebabkan, sesetengah pesakit tidak mendapat rawatan yang secukupnya. Walaupun vaksin untuk penyakit ini telah dilancarkan namun, hanya sesetengah yang mendapat suntikan ini pada masa sekarang. 

 Dalam usaha menangani wabak ini, pelbagai langkah telah diperkenalkan untuk memastikan diri kita tidak terinfeksi penyakit ini. Langkah ini wajib kita patuhi agar penularan bagi penyakit ini dapat dihentikan dengan segera. Jelaslah bahawa, yang perlu bertindak untuk memutuskan penyebaran penyakit ini adalah diri kita sendiri. Oleh itu, kita haruslah sentiasa mematuhi langkah-langkah kebersihan diri agar terhindar daripada penyakit berbahaya ini.

1. Menggunakan penutup muka (mask)

 Sentiasa menggunakan penutup muka dan hidung (mask). Anda dinasihatkan untuk menggunakan mask walau dimanapun anda berada terutamanya di kerumunan ramai. Sila pastikan anda tidak menggunakan mask secara berulang.

2. Kerap membasuh tangan

 Kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau sanitizer. Setiap benda yang anda pegang pastikan setelah itu anda mencuci tangan anda menggunakan sanitizer bagi memastikan anda tidak terinfeksi dengan virus ini.

3. Sentiasa jaga jarak

 Sentiasa menjaga jarak dengan orang lain sejauh 1 meter. Pastikan anda tidak berada dalam kawasan yang sesak kerana, kawasan yang sesak memudahkan penyebaran wabak ini. Oleh itu,  sentiasa pastikan anda mematuhi penjarakan sosial walau dimana anda berada.

4. Tingkatkan tahap kebersihan

 Sentiasa tingkatkan kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal anda. Sila pastikan anda sentiasa mandi apabila melakukan sebarang perjalanan luar dari kawasan kediaman. Tambahan pula, sila pastikan kawasan yang sering disentuh seperti tombol pintu atau pintu peti ais sentiasa disinfeksi.

5. Kekal berada di rumah

 Kekal berada di rumah. Cara yang terbaik untuk menghindari diri daripada wabak Covid-19 adalah dengan tidak keluar dari rumah sekiranya tiada urusan.

6. Lakukan saringan Covid-19

 Melakukan saringan Covid-19. Jika anda berasa tidak sihat atau mempunyai simptom-simptom Covid, anda disarankan agar segera melakukan saringan Covid. Sila pastikan anda bertindak dengan segera agar tidak berlaku penularan wabak ini.

7. Kuarantin

 Lakukan kuarantin diri sekiranya anda  melakukan perjalanan di negara lain. Anda dinasihatkan agar melaporkan diri di mana-mana pusat kesihatan untuk melakukan kuarantin selama 14 hari.

8. Tutup mulut ketika batuk/bersin

 Tutup mulut menggunakan tisu apabila batuk atau bersin. Setelah itu, buang tisu tersebut di tong sampah. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan wabak Covid-19 tidak merebak.

 Berikut adalah langkah-langkah pencegahan Covid yang perlu anda terapkan dalam diri anda. Pastikan anda tidak leka dalam menjaga kebersihan diri anda.  Oleh itu, sila pastikan anda mematuhi setiap SOP yang telah dilaksanakan untuk menghindarkan diri anda daripada dijangkiti wabak ini.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook