Contoh Soalan SPA9 Bahagian A Dan Bahagian B


 Apakah anda pernah menghadiri peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali dengan nama singkatan SPA9? Peperiksaan SPA9 sangat penting untuk menentukan kelayakan anda mengikuti temuduga bagi jawatan yang ditawarkan. Jika anda gagal dalam peperiksaan sudah tentu anda tidak layak untuk meneruskan pemilihan ke peringkat seterusnya. Oleh sebab itu, anda perlu berusaha untuk lulus dalam peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak SPA9.


 Peperiksaan yang dikeluarkan oleh pihak SPA9 adalah tidak kita ketahui dan sentiasa berubah-ubah. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah mengulangkaji setiap soalan SPA9 yang pernah dikeluarkan. Oleh itu, anda haruslah sentiasa peka akan format soalan SPA9.


 Bagi anda yang belum pernah menduduki peperiksaan ini, anda perlu mengetahui dua benda penting sebelum menduduki peperiksaan ini. Dua benda penting tersebut adalah, peperiksaan SPA9 mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A, soalan adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah. Pada bahagian ini, anda akan berjumpa dengan soalan matematik. Manakala, pada bahagian B, soalan adalah berdasarkan melalui kefahaman bahasa inggeris. Oleh itu, anda haruslah menguasai kedua-dua bahagian ini. Ini kerana, jika anda mendapat markah rendah dalam peperiksaan yang diwajibkan suda tentu anda tidak layak ke peringkat seterusnya. Harus diingati bahawa yang menduduki peperiksaan SPA9 bukanlah sedikit. Oleh sebab itu, persaingan adalah sangat sengit. 


 Bagi anda yang sedang tercari-cari contoh soalan yang pernah dikeluarkan oleh pihak SPA9, pada catatan blog kali ini saya akan berkongsi beberapa soalan sebenar SPA9. Ini membantu anda yang bakal menduduki peperiksaan SPA9 bagi mendapatkan ramalan awal untuk peperiksaan yang akan mendatang. Ini juga bertujuan untuk memberikan anda pendedahan awal tentang peperiksaan SPA9. 


 Berikut adalah contoh bahagian A untuk soalan daya menyelesikan masalah. Soalan ini pernah dikeluarkan oleh pihak SPA9 bagi peperiksaan memasuki Pembantu Tadbir Gred L19 yang diadakan pada tarikh 3/11/2021. 


1. Min bagi bilangan guli dalam 10 kotak ialah 126. Hitungkan min baru jika 10 biji guli ditambah ke dalam setiap kotak.

A: 136

B: 138

C: 140

D: 142


2. Jumlah luas permukaan dua buah kubus, A dan B ialah 4,320 cm². Diberi sisi kubus B ialah 24 cm.  Hitung jumlah isipadu dua buah kubus tersebut.  

A: 12,345 cm³

B: 13,824 cm³

C: 14,458 cm³

D: 15,552 cm³


3. Sam mendapat mata 155₇ dalam satu permainan.  Sim pula mendapat 222₆. Alia pula mendapat 2/5 daripada jumlah mata Sam dan Sim. Ali pula telah berjaya mengalahkan Sam dengan mendapat lebih 13 mata. Hitung jumlah mata yang diperolehi mereka.  

A: 347 

B: 374

C: 437 

D: 734


4. Sebuah bekas berbentuk silinder yang mempunyai diameter 7 cm dan 12 cm tinggi. Bekas itu digunakan untuk memenuhkan tong yang muatannya 4,500 cm³. Cari bilangan kali yang minimum bekas itu digunakan untuk memenuhi tangki dengan udara.  

A: 8

B: 9

C: 10

D: 11


5. Diberi persamaan garis lurus PQ ialah y = ½ x – 4. Jika P ialah pintasan-x dan Q ialah pintasan-y, cari koordinat P dan Q.

A: P (8,0), Q (0,-4)

B: P (0,8), Q (-4,0)

C: P (-8,0), Q (0,4)

D: P (8,0), Q (0,4)


6. Diberi sebuah poligon sekata mempunyai sudut peluaran 40°. Hitung jumlah sudut pedalamannya.  

A: 1440° 

B: 1260° 

C: 720° 

D: 540°


7. Sebiji batu dilontar secara menegak ke atas dengan laju awal 34 m/s. Akibat tarikan graviti, batu tersebut mengalami nyahpecutan 10 m/s². Cari masa yang diambil oleh batu itu untuk mencapai ketinggian maksimum.  

A: 3.4 saat 

B: 0.034 minit 

C: 8 hari 

D: 9 hari


8. Sam membeli sebuah televisyen berharga RM6,500 dari sebuah kedai. Dia telah membayar RM500 sebagai wang pendahuluan dan lebihnya akan membayar secara ansuran. Jika kedai tersebut mengenakan faedah mudah sebanyak 4.5% setahun dan dia akan membuat bayaran sebanyak 12 kali, hitung ansuran bulanannya.  

A: RM522.50 

B: RM552.45 

C: RM562.50 

D: RM584.45


9. Panjang sebatang sungai pada sebuah peta ialah 8cm. Diberi panjang sebenar sungai tersebut ialah 28km. Cari skala yang digunakan.  

A: 1:35 

B: 1:3500 

C: 1:35,000 

D: 1:350,000


10. Sam membeli 3 biji buah yang berharga RM4.80 setiap satu dan dua ikat sayur yang berharga RM4.40.  Selepas membuat pembayaran dia mendapat baki. Dia memberi 2/3 daripada baki wang kepada adiknya dan lebihnya membeli 32 gula-gula berharga 30 sen. Adakah wang yang ada pada Sam pada mulanya?  

A: RM47.60 

B: RM48.80 

C: RM50.60 

D: RM50.80


11. Isi padu air di dalam tiga balang adalah dalam nisbah 2 :3 : 4. Purata isi padu air di dalam balang ialah 120cm³, cari isi padu, dalam cm³, air dalam balang terbesar.  

A: 40 

B: 80 

C: 120 

D: 160


12. Sam ditugaskan untuk menjual baju karnival di suatu pesta. Pada hari pertama dia mendapat hasil jualan sebanyak RM60, RM108 pada hari kedua dan RM72 pada hari ketiga. Berapa harga maksimum bagi sehelai baju karnival itu?  

A: RM10 

B: RM12 

C: RM13 

D: RM14


13. Sebuah roda nombor mempunyai lima nombor iaitu 1, 2, 3, 4, dan 5. Apabila jarum dipusing, ia akan menunjuk ke arah salah satu nombor tersebut.  Sekiranya jarum diputar 100 kali, anggarkan bilangan kali jarum berhenti pada nombor genap.  

A: 36 

B: 38 

C: 40 

D: 46


14. Harga sebatang pen ialah RM8a. Harga sebuah majalah pula RM xy. Harga sebuah buku rujukan ialah 4 kali harga sebatang pen dan sebuah majalah. Hitung harga sebuah buku rujukan.  

A: RM 32a + 4xy 

B: RM 32a + 8xy 

C: RM 36a + 4xy 

D: RM 36a + 8xy


15. Sam menaiki sebuah teksi. Tambangnya ialah RM8 dan tambahan 40sen bagi setiap kilometer perjalanan. Sam ada RM40. Hitung jarak perjalanan maksimum, hingga km terhampir yang akan dilalui Sam dengan wang tersebut.  

A: 40 

B: 68 

C: 80 

D: 92


16. Gerai A menjual rojak biasa dan rojak buah.  Pada suatu hari, gerai tersebut dikunjungi 100 orang pelanggan. 60 orang telah memesan rojak biasa dan 70 orang telah memesan rojak buah. 6 orang lagi hanya memesan jus dan tidak memesan rojak. Cari bilangan pelanggan yang memesan kedua- dua jenis rojak tersebut.  

A: 32 

B: 34 

C: 36 

D: 38


17. Titik A, B, C dan D membentuk segi empat. Diberi titik A, B, C dan D masing-masing ialah (2,0), (0,8), (7,10) dan (10,4). Hitung luas segi empat tersebut.  

A: 40 unit²

B: 50 unit²  

C: 60 unit²

D: 70 unit²


18. Harga, RM H , bagi sebuah jubin yang berbentuk segi empat sama berubah secara langsung dengan kuasa dua panjang sisinya, x cm. Diberi bahawa harga jubin itu ialah RM10 apabila panjangnya ialah 20cm. Hitung panjang sisi jubin jika harganya ialah RM90. 

A: 30cm 

B: 40cm 

C: 50cm 

D: 60cm


 Berikut adalah beberapa contoh bagi soalan SPA9 bahagian A daya menyelesaikan masalah. Pada bahagian ini anda akan menjawab sebanyak dua puluh soalan. Untuk soalan bahagian B kefahaman bahasa inggeris, anda hanya perlu menguasai bahasa english. Soalan pada bahagian ini selalunya memerlukan anda menjawab soalan berdasarkan teks. Selain itu, soalan yang keluar selalunya adalah memilih susunan ayat yang betul. Terdapat juga soalan berkaitan dengan memilih ejaan yang betul. Soalan pada bahagian ini adalah sama seperti soalan tingkatan satu hingga lima.


Seterusnya, mari kita lihat beberapa contoh soalan sebenar SPA9 Bahagian B kefahaman bahasa inggeris.


1. Do you see ____ there buttons on the remote control?  Press the white and pink buttons, but do not press ____.

A: this, another 

B: that, the other

C: these, the other

D: those, the one


2. The students’ exam scores increased by ____ 15 percent after the 6-month intervention was carried out. 

A: nearly 

B: close to 

C: similarly 

D: approaching


3. Choose the correct sentence.  

I: I wasn’t keen on attending the Jolly Phonics workshop but it turned out to be productive and useful.

II: Money Heist and Squid Game were among the shows that reportedly pulled out the cash for Netflix.  

III: The taste and quality of the bread and pastries in the cafe have really gone of since their head baker quit.  

IV: He missed the flight because he was held out at the police station due to his brother's drug abuse.  

A: I and II 

B: I and III 

C: II and IV 

D: III and IV


4. I don’t know ____ certain, but I think I saw them boarding the bus to Kota Kinabalu.

A: by

B: in

C: For

D: out of


5. ____ passport renewed?

A: Does you

B: Will you

C: Do you have your

D: Have you had your


6. If he ____ better care of his wound, it would heal in no time.

A: took

B: is taking

C: has taken

D: had taken


7. There’s no point in stressing about which school to send out children to yet. ____?

A: That’s the last straw.

B. We’re breaking at the wrong tree.

C: We can’t go on a wild good chase.

D: We’ll cross  that bridge when we come to it.


8. They ____ in the orchard all day. My parents are pretty serious about making the durian business a reality.

A: Worked

B: are working

C: have worked

D: have been working


9. I don’t think anyone will be able to distinguish the twins apart, ____?

A: do you

B: are you

C: do they

D: will they


10. When we needed a little ____, they were plenty of good eateries to choose from.

A: sustances

B: sustenance

C: sustenans

D: sustanence


 Untuk soalan bahagian yang memerlukan anda membaca teks, apa yang perlu anda buat hanyalah membaca dengan teliti kerana setiap jawaban adalah berdasarkan teks. Dalam bahagian ini, pastikan anda mampu mengatur masa dengan baik untuk memastikan soalan habis dijawab. 


 Hanya ini perkongsian saya pada kali ini. Diharapkan ini dapat membantu anda yang bakal menduduki peperiksaan SPA9. Semoga anda berjaya dalam peperiksaan yang dijalankan.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook