Kandungan berbahaya dalam sebatang rokok

 Tabiat merokok sudah lama menjadi trend masyarakat tanpa menilai kesan buruk daripada tabiat ini. Rokok adalah candu yang menyebabkan perokok aktif susah untuk berhenti merokok. Terdapat dua jenis perokok yang perlu kita tahu iaitu perokok aktif dan pasif. Perokok aktif adalah seorang perokok yang telah menghabiskan 100 batang rokok dan tetap merokok dalam satu tahun terakhir. Manakala, perokok pasif adalah individu yang tidak merokok namun terdedah dengan perokok aktif. Ini menyebabkan, individu yang tidak merokok juga terkena kesan buruk daripada individu yang merokok. 

 Amalan tabiat merokok amatlah tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan diri dan berakibat fatal. Ini kerana, rokok mengandungi bahan-bahan yang berbahaya yang mampu membawa maut. Walaupun kesan buruk rokok pada tubuh tidak bertindak dengan begitu cepat namun, lambat laun anda akan menyesal dengan tindakan anda tersebut. Sewajarnya anda sedar bahawa menjaga kesihatan tubuh adalah sangat penting untuk menjamin kehidupan yang bahagia. 

 Terdapat pelbagai kandungan beracun yang terdapat pada rokok yang perlu anda ketahui. Semoga setelah ini anda boleh menilai sendiri kesan buruk rokok terhadap kesihatan dan bertindak segera sebelum semuanya terlambat. 

1. Nikotin

 Nikotin merupakan sebatian organik yang dijumpai dalam tembakau. Nikotin merupakan racun saraf yang digunakan dalam racun serangga. Kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan seseorang itu ketagihan dan sukar untuk berhenti. Kandungan ini menyebabkan seseorang itu berasa tenang. 

2. Tar

 Tar terdiri daripada 4000 kandungan bahan kimia dan 60 bahan kimia tersebut bersifat karsinogen.  Tar merupakan zara-zara kimia beracun yang ditinggalkan semasa pembakaran tembakau. Bahan ini meninggalkan residu coklat atau kuning yang tidak dapat dielakkan.

3. Metanol

 Metanol merupakan benda yang paling ringkas dan juga dikenali sebagai metil alkohol. Metanol biasanya digunakan dalam industri yang menghasilkan peluntur, pembersih, penghapus cat dan racun nyamuk cair. Metanol merupakan bahan mudah terbakar dan tidak baik untuk tubuh. Metanol tidak baik dikonsumsi oleh manusia kerana boleh membawa maut. 

4. Sianida

 Sianida merupakan sebatian kimia yang mengandungi kumpulan siano. Bahan beracun ini mengakibatkan oksigen dalam tubuh tidak dapat digunakan. Sianida memang sangat jarang digunakan namun sangat berakibat fatal. 

5. Benzena

 Benzena atau turut dikenali sebagai bensol, merupakan bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. Benzena mempunyai nombor oktana yang tinggi dan merupakan salah satu komponen penting dalam petrol. Penggunaan bahan ini telah dihadkan kerana bersifat karsinogen benzena.

6. Kadmium

 Kadmium merupakan logam yang sangat beracun dan radioaktif. Kadmium dalam makanan adalah pada tahap rendah namun berada pada tahap tinggi dalam asap rokok. 

7. Amonia

 Amonia merupakan gas beracun tidak berwarna tapi berbau tajam. Amonia dalam rokok berfungsi untuk meningkatkan dampak candu nikotin.

8. Arsenik

 Arsenik merupakan bahan beracun yang digunakan dalam racun tikus. 

9. Karbon Monoksida

 Karbon monoksida merupakan asap beracun yang ditemui dalam buangan kereta. 

10. Formaldehid

 Merupakan cecair yang sngat beracun yang digunakan dalam pengawetan mayat. 

11. Hidrogen sianida

 Merupakan racun yang digunakan untuk membunuh semut. Selain itu, turut digunakan dalam pembuatan plastik dan racun perosak.

 Kesimpulannya, rokok mengandungi pelbagai bahan berbahaya yang mampu memudaratkan kesihatan manusia. Jika anda seorang yang bijak, jauhilah penggunaan rokok. Sentiasa berfikiran rasional akan baik buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya.

Catatan popular daripada blog ini

Contoh Soalan SPA9 Bahagian A Dan Bahagian B

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia