Penyakit berbahaya bawaan lalat


 Lalat merupakan patogen yang menjijikkan. Ini kerana, lalat merupakan haiwan yang kotor dan membawa penyakit berbahaya yang mampu mengancam keselamatan manusia. Faktor utama yang menjadikan lalat tergolong dalam haiwan kotor dan berbahaya adalah, lalat merupakan haiwan yang sering hinggap di tempat-tempat sampah/kotor. Lalat yang hinggap di tempat-tempat kotor akan langsung hinggap di atas makanan anda, dan ini akan menyebabkan penularan bakteria, virus dan juga parasit. Lalat juga mampu bertelur di atas makanan anda dan ini sudah tentu akan mengundang perkara buruk terhadap kesihatan anda terutamanya gangguan sistem pencernaan. Oleh itu, makanan yang sudah dihinggapi lalat seharusnya tidak dikonsumsi lagi untuk menghindarkan diri daripada penyakit berbahaya.

1. Kolera (Taun) 

 Kolera merupakan jangkitan pada saluran penghadaman yang disebabkan oleh bakteria Vibrio Cholerae. Virus ini tersebar melalui makanan atau minuman yang tercemar. Gejala utama penyakit Kolera ini adalah Diare. Beberapa penderita Kolera mengalami Diare parah sehingga kehilangan cecair tubuh dengan cepat. Selain daripada Diare, antara gejala lain yang dirasakan oleh penderita penyakit Kolera adalah, mual, cirit-birit, perut tegang dan muntah-muntah.

2. Disentri

 Disentri merupakan infeksi pada usus yang menyebabkan diare yang disertai darah atau lendir. Penyakit ini sering berlaku akibat daripada keterbatasan air bersih.  penyakit ini terjadi kerana sikap manusia yang tidak menjaga kebersihan diri seperti tidak mencuci tangan selepas memegang benda kotor. Antara simptom penyakit ini adalah kejang perut, mual dan muntah-muntah, serta demam.

3. Diare

 Diare merupakan satu keadaan di mana seseorang itu hilang keupayaan untuk membuang najis secara normal. Najis yang biasanya berbentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair. Kekerapan membuang air besar tanpa terkawal menyebabkan terhidrasi dan jika perkara ini terus berterusan boleh membawa maut. Antara simptom penyakit ini adalah, mual dan muntah-muntah, nyeri kepala, kehilangan nafsu makan, haus terus-menerus, darah pada feses, nyeri dan kram perut, serta feses lembik dan cair.

4.  Demam Tifoid

 Demam Tifoid merupakan jangkitan bakteria Salmonella Typhi pada makanan. Bakteria ini terdapat dalam darah, urin dan najis pesakit serta najis pembawa. Penyakit ini merebak melalui makanan atau minuman yang telah tercemar. Antara gejala penyakit ini adalah  demam panas yang berpanjangan, ruam, sakit perut, sembelit, cirit-birit, sakit kepala, mata layu dan cengkung, sakit badan/lemah/letih/lesu, serta kurang selera makan.

5. Hepatitis A

 Hepatitis A  merupakan virus yang disebarkan melalui najis dan air kencing pesakit atau pembawa penyakit ini. Virus ini tersebar melalui makanan atau minuman yang tercemar. Tanda-tanda penyakit ini adalah, demam, letih, kurang selera makan, muntah muntah, loya, mata dan kulit kekuningan, sakit perut, serta berlaku perubahan warna pada air kencing.

6. Konjunktivitis

 Penyakit Konjunktivitis  berlaku akibat radang pada Konjunktiva. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan. Antara gejalah Konjunktivitis akibat bakteria adalah,  mata berwarna merah, tahi mata berwarna putih atau kekuningan, serta kelopak mata melekat. Seterusnya, gejala akibat virus adalah, mata merah serta pengeluaran  air mata yang tidak normal. Akhir sekali, gejalah disebabkan oleh alahan adalah, mata berwarna merah, gatal pada mata dan kadangkala hidung jika melibatkan resdung, discaj yang berlendir, mata sentiasa berair, dan kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama.

 Kesimpulannya, adalah sangat penting untuk kita menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Ini kerana, persekitaran yang bersih mampu menjamin kesihatan diri. Tambahan pula, kehidupan lebih selesa dan aman damai. Oleh itu, jauhi tempat kotor dan sentiasa kekalkan kebersihan pada setiap hari.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook