Petua untuk menurunkan berat badan
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan ditambah dengan bentuk badan yang tidak ideal sudah tentu kepercayaan diri anda berkurang. Banyak antara kita menginginkan bentuk badan ideal namun malas berusaha. Ada juga antara kita yang mengambil jalan pantas dengan menggunakan pil dan minuman pelangsing atau sebagainya. Namun tahukah anda bahawa, kaedah tersebut hanya akan menurunkan kondisi kesihatan tubuh anda. Jika anda tahu, masih banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan dalam usaha menurunkan berat badan. Walaupun kaedah yang dikongsikan memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasil yang diinginkan namun, kaedah ini dijamin selamat. Yang perlu anda lakukan adalah, tanamkan niat dalam hati bahawa anda boleh. Berikut adalah beberapa tips-tips untuk menurunkan berat badan yang perlu anda ketahui. Semoga bermanfaat untuk anda.
1. Olahraga
Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang terdiri daripada beberapa acara sukan seperti berlari. Olahraga merupakan kaedah yang paling bagus dalam membantu mengurangkan berat badan. Olahraga juga mampu membentuk tubuh badan yang ideal di samping mengekalkan kesihatan organ dalam tubuh. Kebanyakan orang yang telah berjaya menurunkan berat badan adalah berkat usaha kerajinan dalam melakukan olahraga. Amalkan senaman pagi dan petang untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat. Tambahan pula, jangan pernah mengeluh dan malas jika inginkan sesuatu.
2. Diet Seimbang
Diet juga merupakan kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan. Namun dalam hal ini, anda seharusnya mengamalkan diet yang sihat. Jangan kerana anda sedang diet, anda langsung tidak makan. Diet bukan bermaksud anda tidak makan namun, makan dalam kuantiti yang sedikit. Dalam usaha diet, anda seharusnya mengamalkan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Dalam hal ini, anda diminta untuk meninggalkan makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan, makanan cepat saji, minuman beralkohol, dan sebagainya.
3. Minum Air Putih
Air putih mempunyai banyak manfaat terhadap tubuh badan. Ini kerana, tubuh manusia terdiri daripada 60% air yang ertinya air sangat penting untuk mengekalkan fungsi tubuh. Antara fungsi air dalam membantu menurunkan berat badan adalah, mengawal nafsu makan, meningkatkan kadar metabolisma, dan mengurangkan kalori dalam badan. Peringatan untuk anda, jangan juga terlalu minum air putih kerana tidak bagus untuk kesihatan.
4. Pastikan Anda Cukup Tidur
Tidur yang cukup mampu mengurangkan nafsu makan anda. Tambahan pula, anda terhindar daripada keletihan dan tekanan. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tubuh badan kita berasa letih maka Kita memerlukan tenaga yang lebih banyak. Tenaga tersebut diperolehi kita perolehi daripada makanan. Secara tidak langsung, apabila badan kita berasa letih maka kita akan sukar mengawal nafsu makan. Oleh yang demikian, rehat yang secukupnya penting dalam membantu anda mengawal nafsu makan.
4. Kurangkan Pengambilan Gula
Gula yang berlebihan menyebabkan pengambilan tenaga yang berlebihan. Ini menyebabkan peningkatan berat badan dan menyebabkan obesiti. Oleh sebab itu, anda seharusnya mengurangkan pengambilan gula dalam makanan jika ingin berat badan anda turun.
5. Elakkan Daripada Makan Malam
Antara sebab mengapa kita perlu mengelakkan makan pada waktu malam adalah, badan kita memerlukan masa empat jam untuk mencerna makanan jika makanan tersebut tidak dicerna maka ianya akan menjadi lemak.
6. Sentiasa Berfikiran Positif
Dalam usaha menurunkan berat badan anda seharusnya mengabaikan fikiran negatif yang hanya akan mengganggu proses diet anda. Sentiasa berfikir positif dan jangan pernah patah semangat untuk melakukan sesuatu. Anda seharusnya menanamkan motivasi dalam diri. Ini kerana motivasi sangat penting untuk menyemangatkan diri anda.
Akhir kata dari saya, setiap orang mempunyai keinginan masing-masing. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah berusaha sebaik mungkin. Jangan pernah berputus asa kerana, yakin satu hari nanti kita akan mendapatkan hasil yang diinginkan.