Petua mengatasi masalah kulit kering

    

 Kulit kering sering terjadi pada bahagian wajah dan anggota badan yang lainnya. Masalah ini berpunca akibat beberapa faktor seperti, usia dan cuaca. Kulit kering sudah tentu akan mengundang ketidaknyamanan. Ini kerana, masalah ini akan menyebabkan kulit terasa kasar, ketat terutamanya ketika selepas mandi, kulit bersisik, kulit terasa gatal berlaku perbezaan tona kulit dan sebagainya. Kulit kering ini terbahagi kepada tiga iaitu kulit kering, kulit sangat kering dan xerosis pra-atopik. Untuk terhindar daripada masalah kulit kering, terdapat beberapa petua yang boleh diadaptasikan dalam hidup bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku.

1. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran

 Buah dan sayur sangat baik untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat disamping menjadikan anda kelihatan awet muda. Pengambilan buah dan sayur sangat baik kerana tumbuhan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Dengan adanya kepelbagaian nutrisi dalam buah dan sayuran, suda tentu membawa kesan baik untuk kesihatan kulit anda.

2. Banyakkan minum air putih

 Minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari mampu mengelakkan masalah kulit kering. Jika tubuh anda kekurangan air suda tentu sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Selain itu, pengambilan air yang cukup akan membantu melembapkan kulit anda disamping terhindar daripada masalah kulit kering. Ini kerana, 64% daripada kulit manusia terdiri daripada air. Oleh sebab itu, air sangat penting untuk mengekalkan kesihatan kulit.

3. Gunakan pelembap kulit

 Pelembap wajah dan badan adalah sangat penting bagi memastikan kulit tidak kering. Namun, anda haruslah berhati-hati dalam memilih produk pelembap kulit. Ini kerana, kesalahan dalam memilih produk juga boleh mengakibatkan kulit kering. Sebagai contohnya, pelembap yang mengandungi alkohol sangat bahaya untuk kulit. Oleh sebab itu, gunakan produk pelembap kulit yang hanya dipercayai sahaja.

4. Gunakan solekan yang minimum

 Jika anda seorang yang suka bersolek, ketahuilah bahawa solekan juga menjadi punca kulit kering. Jika terlalu sering bersolek, bahan kimia dalam produk yang digunakan akan mengeringkan kulit. Ini kerana, bahan kimia yang terdapat dalam produk kecantikan akan menyerap vitamin dan mineral penting dalam kulit. Oleh itu, jika boleh kurangkanlah penggunaan solekan dalam kehidupan harian.

5. Gunakan sabun mandian dengan pH yang seimbang

 Untuk mengelakkan kulit kering, gunakan sabun mandian yang sesuai iaitu sabun dengan pH yang seimbang. Hal ini sama seperti dengan pemilihan produk pencuci muka. Elakkan daripada menggunakan produk yang tidak diyakini fungsinya. Ini kerana, kebanyakan produk mengandungi bahan kimia yang sangat bahaya untuk kesihatan kulit.

6. Kurangkan membasuh muka

 Elakkan daripada kerap membasuh muka kerana boleh mengakibatkan kulit menjadi kering. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, anda hanya disarankan mencuci muka sebanyak dua atau tiga kali sehari. Dengan ini, masalah kulit kering dapat diatasi.

7. Elakkan penggunaan air panas

 Penggunaan air panas hanya disarankan ketika perlu sahaja. Jika anda seringkali menggunakan air panas dalam mandian atau mencuci muka, suda tentu akan memburukkan kondisi kulit. Kulit yang seringkali terdedah dengan air panas akan mudah mengalami masalah kulit kering. Oleh itu, sebaiknya kurangkan penggunaan air panas dalam mandian.

8. Gunakan humidifier

 Humidifier merupakan salah satu alat pelembab udara. Alat ini sangat baik untuk membantu anda mengatasi masalah kulit kering. Penggunaan alat ini mampu menjamin kelembapan udara di sekeliling anda. Dengan itu kelembapan kulit juga akan sentiasa terjaga.

 Kesimpulannya, masalah kulit kering sangat merungsingkan keadaan. Jika berlanjutan, keadaan ini suda tentu menimbulkan perkara yang negatif. Oleh itu, atasi masalah ini sebelum terlambat.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook