Cegah penularan penyakit malaria monyet

Pernahkah anda mendengar tentang penyakit malaria monyet? Malaria monyet berlaku akibat daripada jangkitan nyamuk anopheles betina. Malaria monyet ini kerap terjadi di daerah tropis dan subtropis. Penyakit ini awalnya menyerang monyet ekor panjang, monyet ekor babi dan langur. Namun akibat daripada kemusnahan habitat, manusia kini lebih terdedah dengan haiwan ini. Akibatnya, nyamuk anopheles lebih mudah menularkan parasit plasmodium knowlesi terhadap manusia. Jangkitan ini berlaku akibat transmisi infeksi malaria bermula dari haiwan kepada manusia. Antara golongan yang paling terdedah dengan penyakit ini adalah penoreh getah, pemburu, peladang dan yang tinggal di sekitar kawasan hutan. Gejalah malaria monyet Gejalah penyakit malaria monyet ini umumnya muncul dalam 10 hingga 15 hari. Di sini kita boleh menilai bahawa pesakit malaria monyet akan mengalami gejala secara berlarutan sehingga ke tahap yang mencemaskan. Pada a...