Cegah penularan penyakit malaria monyet

   

 Pernahkah anda mendengar tentang penyakit malaria monyet?  

 Malaria monyet berlaku akibat daripada jangkitan nyamuk anopheles betina. Malaria monyet ini kerap terjadi di daerah tropis dan subtropis. Penyakit ini awalnya menyerang monyet ekor panjang, monyet ekor babi dan langur. Namun akibat daripada kemusnahan habitat, manusia kini lebih terdedah dengan haiwan ini. Akibatnya, nyamuk anopheles lebih mudah menularkan parasit plasmodium knowlesi terhadap manusia. Jangkitan ini berlaku akibat transmisi infeksi malaria bermula dari haiwan kepada manusia. 

 Antara golongan yang paling terdedah dengan penyakit ini adalah penoreh getah, pemburu, peladang dan yang tinggal di sekitar kawasan hutan.

Gejalah malaria monyet

 Gejalah penyakit malaria monyet ini umumnya muncul dalam 10 hingga 15 hari. Di sini kita boleh menilai bahawa pesakit malaria monyet akan mengalami gejala secara berlarutan sehingga ke tahap yang mencemaskan. 

 Pada awalnya gejalah yang akan dirasai oleh pesakit seperti demam, lemas, batuk-batuk, sakit kepala, lelah, nyeri otot, nyeri dada dan nyeri perut. Gejalah ini suda tentu membuatkan kita tidak berasa bimbang kerana, gejala ini kelihatannya adalah penyakit yang sudah umumnya terjadi. Namun, untuk memastikan bahawa anda terinfeksi dengan penyakit malaria monyet, gejalah ini akan terus berlanjutan sehingga menjadi lebih teruk. Gejalah lain yang akan timbul setelah beberapa hari terinfeksi dengan penyakit ini adalah diare, muntah-muntah dan kulit menjadi kuning akibat kekurangan sel darah merah. Namun, untuk mendapatkan kepastian yang lebih lanjut anda boleh berjumpa dengan doktor. Oleh itu, sebaiknya anda mengambil tindakan segera dengan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan tanpa menunggu penyakit anda bertambah teruk. 

Cara mencegah penyakit malaria monyet

 Malaria monyet sangat berbahaya sehingga boleh membawa maut jika gagal untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Oleh itu, sangat penting untuk anda ketahui cara pencegahan bagi penyakit ini. 

 Antara cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan kelambu ketika tidur. Ini kerana, jaring kecil yang terdapat pada kelambu mampu mencegah nyamuk untuk masuk melaluinya. Tambahan pula, anda juga boleh menggunakan racun nyamuk bagi memastikan anda selamat daripada terinfeksi penyakit ini.

 Selain itu, anda juga boleh mengurangkan aktiviti di luar kawasan terutamanya pada waktu pagi dan petang. Ini kerana, nyamuk sangat aktif pada waktu tersebut. Namun, jika tidak dapat dielakkan anda juga boleh menggunakan lotion anti nyamuk bagi memastikan anda tidak mendapat gigitan nyamuk ketika berada di luar kawasan.

 Seterusnya, memastikan tiada air bertakung bagi membasmi pembiakan nyamuk ini. Nyamuk sangat mudah membiak terutamanya di kawasan air bertakung. Oleh itu, sentiasa pastikan tiada air bertakung atau ambil inisiatif lain bagi mengatasi masalah ini. Contohnya, membela ikan di kolam bagi mengurangkan masalah jentik-jentik.

 Kesimpulannya, penyakit malaria monyet bukanlah perkara yang boleh diambil remeh. Tindakan segera perlu diambil bagi membasmi penyakit ini. Tegasnya, setiap kita perlulah memainkan peranan masing-masing untuk memutuskan rantaian penyebaran penyakit ini.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook