Petua untuk rambut lebat dan sihat

Memiliki rambut sihat dan subur merupakan impian semua orang. Hal ini kerana, rambut memainkan peranan penting dalam membentuk keterampilan diri seseorang. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah apabila kita melihat banyak antara kita sanggup menghabiskan wang hanya untuk perawatan rambut. Cuba anda bayangkan sahaja apabila anda mengalami masalah rambut gugur atau lebih parah mengalami kebotakan, tentu anda akan berasa rendah diri bukan. Berikut adalah tips untuk menjaga rambut agar kekal sihat dan lebat secara alami.
1. Lidah Buaya (Aloevera)
Manfaat aloevera memang tidak asing lagi di telinga masyarakat. Fungsi tumbuhan ini bukan hanya satu namun banyak antaranya adalah, melebatkan dan menguatkan akar rambut. Kandungan zat pada aloevera seperti vitamin A, Vitamin C, Vitamin B1 dan lain-lain mampu menjaga rambut kita agar sentiasa sihat. Cara penggunaannya adalah sangat mudah iaitu, anda hanya perlu mengambil gel yang ada pada aloevera tersebut lalu letakkan di bahagian rambut dan akar rambut. Setelah itu diamkan selama 30 menit. Bilas rambut anda menggunakan air suam. Lakukan kaedah ini secara rutin sekurang-kurangnya 3 kali seminggu Untuk kesan yang lebih memberangsangkan.
2. Santan Kelapa
Tahukah anda bahawa, perahan santan kelapa yang sering kita gunakan dalam masakan juga mampu digunakan untuk melebatkan dan menguatkan akar rambut. Ini kerana, santan kelapa mengandungi Vitamin E yang mampu membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat. Apa yang perlu anda lakukan adalah, letakkan perahan santan kelapa pada rambut dan kulit kepala. Setelah itu, diamkan selama 30 minit. Bilas rambut anda menggunakan syampu sehingga bersih. Lakukan kaedah ini secara rutin selama tiga atau empat kali dalam seminggu.
3. Minyak Zaitun
Minyak zaitun berfunfsi membantu merawat rambut agar kekal sihat dan bersinar. Perawatan rambut dengan menggunakan minyak zaitun ini telah diamalkan sudah kama . Kandungan mineral dan Vitamin E pada minyak tersebut dapat membantu rambut untuk mendapatkan nutrisi agar tumbuh dengan lebih sihat. Minyak zaitun ini mampu mencegah kerosakan pada rambut seperti rambut bercabang. Cara menggunakannya adalah, oleskan minyak zaitun ini pada rambut dan diamkan selama 20 hingga 30 minit. Setelah itu Bilas rambut anda dengan bersih menggunakan syampu. Lakukan kaedah ini secara rutin selama dua atau tiga kali dalam seminggu untuk kesan yang lebih cepat.
4. Madu
Madu juga dipercayai mampu merawat rambut rosak serta menjadikan rambut kelihatan lebih sihat. Khasiat yang ada pada madu mampu menjadikan rambut lebih lembut dan bersinar. Cara penggunaannya adalah sangat mudah dimana, anda hanya perlu mengoleskan madu tersebut pada rambut. Setelah itu biarkan selama 30 minit. Bilas rambut anda menggunakan air suam. Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk kesan yang lebih memberangsangkan.
5. Telur
Putih telur memiliki fungsi yang pelbagai dalam membantu rambut mendapatkan nutrisi agar sentiasa sihat. Putih telur dipercayai mampu membantu mengatasi masalah rambut gugur dan kusam. Cara penggunaannya adalah, oleskan putih telur pada rambut dan akar rambut. Kemudian diamkan selama 20 hingga 30 minit. Setelah itu, bilas dengan bersih menggunakan air suam dan syampu. Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu.
6. Buah Jeruk / Limau
Tahukah anda bahawa, limau kaya dengan Vitamin C yang mampu membantu anda untuk mengatasi masalah kerosakan rambut. Cara penggunaannya juga sangat mudah di mana anda hanya perlu oleskan perahan limau tersebut pada rambut dan kulit kepala anda. Setelah itu basuh rambut anda dengan menggunakan air suam. Lakukan kaedah ini selamat dua atau tiga kali dalam seminggu untuk kesan yang lebih cepat.
Kesimpulannya, rambut sihat akan mampu menaikkan lagi penampilan diri seseorang. Tidak hairanlah jika ada antara kita sanggup menghabiskan duit hanya untuk perawatan rambut. Rambut sihat dan cantik merupakan impian semua kita. Oleh itu, jagalah kesihatan rambut anda sebelum menyesal di kemudian hari.