Petua menghilangkan jeragat secara alami

 
 
 Jeragat merupakan antara masalah kulit yang sering dialami terutamanya golongan wanita. Masalah kulit ini sudah tentu akan merungsingkan keadaan anda.  Keadaan kulit yang bermasalah sudah tentu menyebabkan anda malu serta rendah diri apabila bertemu dengan orang lain. Masalah jeragat berlaku akibat pelbagai faktor. Antara faktor yang menjadi punca masalah jeragat adalah pemilihan produk kecantikan yang salah, keturunan, hormon, ubat-ubatan dan sinaran ultra ungu. Namun, kebanyakan masalah jeragat ini berlaku akibat pemilihan produk kecantikan yang salah. Banyak antara kita memilih produk yang salah asalkan produk tersebut menjanjikan kesan yang lebih cepat. Tindakan ini sudah tentu akan memudaratkan kesihatan kulit muka anda. Sebaiknya, anda menghindarkan diri daripada memilih produk yang salah sebelum anda menyesal di kemudian hari. Bagi anda yang sudah mengalami masalah jeragat ini, terdapat beberapa tips alami yang boleh anda gunakan untuk merawat kulit muka anda agar bebas daripada masalah jeragat.

1. Aloe Vera

 Aloe vera diyakini mampu merawat pelbagai masalah kulit. Kini aloe vera digunakan secara meluas dalam produk kecantikan. Antara manfaat aloe vera adalah mencerahkan kulit, membaiki sel kulit yang rosak, mengatasi masalah kulit berminyak atau kering, serta menghilangkan bekas jeragat.  Cara penggunaannya adalah sangat mudah di mana, anda hanya perlu mengambil gel yang terdapat pada aloe vera tersebut lalu oleskan pada kulit wajah anda. Biarkan selama 20 hingga 30 minit. Setelah itu, basuh muka anda menggunakan air suam. Lakukan kaedah ini setiap hari untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.

2. Lemon
 
  Kandungan asid sitrik pada lemon mampu membantu membersihkan bintik hitam serta jeragat yang ada pada kulit. Penggunaan lemon juga mampu membantu menyingkirkan kulit mati serta menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru. Cara penggunaannya adalah, ambil perahan lemon lalu sapukan di wajah anda yang mengalami masalah kulit. Setelah itu, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Seterusnya, bilas muka anda dengan air hangat sehingga bersih. Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.

3. Baking Soda 

  Baking soda sangat baik dalam membantu menghilangkan minyak, kotoran serta sel-sel kulit mati pada kulit. Tambahan pula, baking soda mampu membantu menyeimbangkan pH kulit anda. Namun, jika anda mengalami kulit sensitif anda tidak dibenarkan menggunakan kaedah ini. Cara penggunaannya adalah sangat mudah di mana, anda hanya perlu mencampurkan sedikit air pada baking soda tersebut. Setelah itu, oleskan baking soda tersebut di kawasan kulit anda yang mengalami masalah jeragat. Biarkan selama 10 Hingga 15 minit. Setelah itu, basuh muka anda dengan air suam sehingga bersih. Lakukan kaedah ini satu atau dua kali dalam seminggu.

4. Cuka Epal

  Cuka epal berfungsi untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan dalam kulit. Cuka epal juga berfungsi sebagai antiseptik dan antibakteria yang mampu membantu anda mengatasi masalah jeragat.  Cara penggunaannya adalah, campuran cuka epal dengan sedikit air suam. Setelah itu, letakkan campuran cuka epal tersebut di muka anda menggunakan kapas. Pastikan anda meletakkan di kawasan kulit yang bermasalah sahaja. Seterusnya, biarkan selama 10 Hingga 15 menit lalu basuh wajah anda menggunakan air suam. Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya dua atau tiga kali dalam seminggu.

5. Teh Hijau

  Teh hijau bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan kita namun, teh hijau juga dipercayai mampu membantu masalah kulit berjeragat. Teh hijau juga dapat mengatasi masalah kulit berminyak yang menjadi punca jeragat. Cara penggunaannya adalah, basahkan teh hijau dengan air suam lalu letakkan di kawasan kulit muka yang mengalami jeragat. Setelah itu Biarkan selama 10 Hingga 15 minit lalu basah dengan air suam. Lakukan kaedah ini satu atau dua kali dalam seminggu untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.

 Kesimpulannya, setiap orang mempunyai masalah kulit tertentu tidak kira perempuan mahupun lelaki. Oleh itu, jangan pernah merasa rendah diri akan kekurangan yang ada pada diri anda. 

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook