Petua menjaga kesihatan mata secara alami

 

 Mata merupakan organ manusia yang berfungsi untuk melihat. Mata juga merupakan organ yang mempunyai fungsi luar bisa dalam tubuh manusia. Namun, pada masa kini tidak kira tua atau muda, banyak yang mengalami masalah penglihatan. Hal ini berpunca atas beberapa faktor antaranya adalah, katarak dan serebrum lens atau tumor. Namun, kehilangan ketajaman penglihatan lebih sering berlaku disebabkan oleh diabetes. Kekurangan pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga menyebabkan masalah kemerosotan retina dan menggalakkan kehilangan penglihatan di usia awal. Oleh itu, untuk memastikan mata berfungsi dengan bagus, mata hanya perlukan sedikit oksigen daripada beberapa jenis makanan yang mampu membantu mengekalkan kesihatan mata.

1.  Hindari pemakaian contact lens terlalu lama

  Pemakaian contact lens memang tidak asing lagi dalam kalangan wanita atau lelaki. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa lens sangat popular pada masa kini. Terdapat pelbagai jenis lens yang anda tidak tahu kalitinya sebaik mana. Kesilapan dalam memilih lens juga akan mengundang masalah terhadap mata anda. Ada juga antaranya buta akibat  pemakaian lens. Anda seharusnya menghindari diri daripada menggunakan lens atau gunakan lens  sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sahaja.  Pastikan juga tangan Anda bebas daripada kotoran  semasa menggunakan lens.

2.  Hindari daripada melihat cahaya terlalu terang

  Anda disarankan untuk menghindari cahaya terlalu terang secara langsung kerana mampu menjejaskan kesihatan mata anda. Tabiat melihat cahaya yang terlalu terang secara langsung sebagai contoh, skrin telefon, laptop, dan lain-lain mampu merusak ketajaman penglihatan anda. Kemerosotan penglihatan ini tidak berlaku dengan cepat namun dalam jangka masa yang panjang.

3.  Kurangkan penggunaan obat tetes mata

  Tidak dinafikan bahawa ubat tetes mata sangat penting terutamanya apabila anda mengalami masalah merah mata atau iritasi. Namun, apabila anda sering menggunakan obat tetes mata ini, lama-kelamaan mata anda akan mengalami masalah kemerosotan penglihatan. Anda boleh menggunakan obat tetes mata ini sekiranya perlu sahaja. Hindari diri daripada membeli ubat tetes yang tidak disarankan oleh doktor.

4. Jarakkan mata anda ketika membaca buku

 Tahuka anda, jarak yang sesuai ketika membaca buku adalah antara 30 hingga 40 cm. Namun, pada masa kini kebanyakan lebih gemar membaca dengan jarak yang dekat. Membaca dengan jarak yang dekat akan mengakibatkan otot pada mata menegang lalu senang letih. Jika keadaan ini berterusan, mata anda akan senang mengalami masalah seperti rabun. Ada baiknya, anda membaca dengan jarak antara 30 hingga 40 cm dan pastikan jika mata anda berasa letih, berehatlah. Anda juga boleh melihat warna-warna hijau seperti tumbuh-tumbuhan kerana, warna hijau mampu menjadikan mata anda lebih tenang.


Makanan sihat untuk mata

1. Lobak

  Lobak merupakan sayuran yang kaya dengan Provitamin A. Tahukah anda bahawa, lobak merah mengandungi beta karotena yang cukup untuk tubuh bagi menghasilkan hampir tiga kali ganda Vitamin A.  Lobak merah banyak kegunaan terutamanya dalam penyembuhan penyakit berkaitan dengan retina dan mata amnya.

2. Aprikot

  Selain daripada rasa yang sedap, aprikot juga mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata anda. Buah ini menjadikan mata anda kelihatan lebih sihat dan berseri. Ini bukan kerana kandungan vitamin A yang ada pada buah ini namun, tindakan bersama vitamin-vitamin dan mineral lain yang terkandung dalam buah ini. 

3. Kubis

  kubis merupakan sayuran yang kaya dengan karotenoid. Karotenoid ini sangat penting untuk melindungi retina.

4. Oren

  Buah oren kaya dengan vitamin C, karotenoid dan antioksidan yang mampu melindungi retina. Buah ini juga mengandungi flavonoid yang mampu melindungi kapilari darah dan memperbaiki aliran darah ke retina.

5. Mangga

  Mangga juga merupakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin A yang mampu membantu mengekalkan kesihatan mata.

6. Sayur Bayam

  Sayur bayam merupakan sayuran yang mempunyai nutrisi yang tinggi. Sayuran ini sangat kaya dengan lutein dan zeaxantin yang merupakan dua jenis karotenoid yang mengekalkan kesihatan mata.

 Akhir kata, mata merupakan organ penting dalam tubuh. Oleh itu, jagalah kesihatan mata anda agar tidak menyesal di kemudian hari.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook

Contoh Soalan SPA9 Bahagian A Dan Bahagian B