Makanan yang menggalakkan pertumbuhan sel kanser


 Kanser merupakan penyakit yang sukar diubati dan menyerang manusia tanpa mengenal usia. Jika berlaku kelewatan rawatan pada peringkat awal, penyakit ini mampu membawa maut.  Hal ini menjadikan penyakit Kanser paling ditakuti daripada penyakit lain. 

 Kanser terjadi apabila berlaku ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Sel-sel ini biasanya akan bertambah mengikut aturan untuk membolehkan pemulihan dan tumbesaran namun, apabila berlaku pertumbuhan sel-sel abnormal secara tidak terkawal, keadaan ini  justru akan menggalakkan ketumbuhan atau dikenali sebagai tumor.

 Antara faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan kanser adalah faktor pemakanan. Adalah sangat ironik apabila makanan yang seharusnya membawa kesihatan kepada tubuh badan manusia menjadi penyumbang utama kepada penyakit Kanser. Hal ini terjadi apabila manusia pada masa kini lebih gemar mengkonsumsi makanan berasaskan haiwan berbanding dengan tumbuh-tumbuhan yang merupakan penawar bagi penyakit berbahaya seperti kanser.

1. Daging

 Daging merupakan faktor risiko yang signifikan dalam kebanyakan jenis Kanser seperti Kanser otak, paru-paru, buah pinggang, rahim dan lain-lain. Daging yang menggalakkan pertumbuhan sel Kanser adalah daging merah. Daging merah ini antaranya adalah daging lembu, kambing, dan babi. Daging merah menggalakkan pertumbuhan sel yang tidak normal.  Pemakan daging merah ini berisiko tinggi untuk menghidap Kanser usus. Hal ini kerana, sisa daging yang tertinggal di usus akan memberikan ruang untuk pertumbuhan sel Kanser. Selain itu, daging yang menggalakan pertumbuhan sel Kanser adalah daging yang terlalu masak atau dipanggang di atas barbeku, daging goreng, dan daging masin atau daging yang telah diawet.

2. Alkohol

Untuk pengetahuan anda, semua jenis minuman yang beralkohol akan menggalakkan pertumbuhan kanser termasuk minuman yang dianggap penyembuh seperti wain dan bir.  Walaupun minuman ini diambil dalam dos yang kecil namun tetap menggalakkan pertumbuhan kanser. Segelas wain dalam sehari dapat meningkatkan risiko kanser payudara bagi seorang wanita. Alkohol sangat berbahaya kerana mampu merangsang aktiviti bawah sedar sehingga menyebabkan kandungan oksigen dalam tubuh menurun.

3. Rempah

 Rempah kini banyak digunakan dalam industri makanan sebagai penyedap rasa. Namun tahukah anda bahawa, rempah-rempah ini boleh menyumbang kepada faktor risiko beberapa jenis Kanser seperti Kanser mulut dan esofagus.

4. Gula

 Pengambilan gula yang tidak terkawal akan mempercepatkan pertumbuhan Kanser. Ini kerana,  gula merupakan makanan bagi sel kanser.  Pengambilan gula yang berlebihan menyebabkan Kanser kolon, perut dan serviks. Oleh itu, anda digalakkan  untuk menggunakan pemanis asli seperti madu asli. 

5. Susu

 Pengambilan susu penuh (kecuali susu tanpa lemak) yang berlebihan boleh menyebabkan pertumbuhan sel Kanser. Antaranya adalah Kanser payudara, paru-paru, prostat, rahim dan pundi kencing.

6. Makanan Laut

 Makanan berasaskan laut seperti kerang-kerangan cenderung dicemari oleh bahan-bahan kimia karsinogenik yang telah dibuang di laut. Oleh itu, kurangkan makanan berasaskan laut dan banyakkan makan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.

7. Ikan

 Pengambilan ikan terutamanya ikan masin dan ikan yang telah diawet mampu menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Antara penyakit kanser yang terlibat adalah, kanser pankreas dan larinks.

8. Telur

 Pengambilan telur yang berlebihan iaitu lebih dari tiga biji seminggu mampu mengakibatkan Kanser payudara, perut, paru-paru, rahim dan sebagainya.

9. Kopi

 Pengambilan kopi  mengakibatkan Kanser pundi kencing dan mastopati fibrosistik.  Hal ini bukan disebabkan oleh kandungan kafein dalam kopi  melainkan komponen di dalam patinya.  Walaupun kafein telah dibuang, namun masih menggalakkan pertumbuhan Kanser.

 Kesimpulannya, setiap tumbuhan di muka bumi ini mempunyai manfaatnya tersendiri. Oleh itu, memanfaatkan tumbuhan ajaib ini sebaik mungkin untuk diri dan orang lain. 

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook

Contoh Soalan SPA9 Bahagian A Dan Bahagian B