Petua menghilangkan jerawat secara alami
Pelbagai langkah boleh kita ambil untuk mengatasi masalah jerawat ini tidak kira perlu berbayar atau secara alami. Jika mampu, anda boleh melakukan perawatan atau membeli kosmetik yang dapat membantu mengatasi masalah jerawat namun, jangan pernah silap memilih produk. Bagi anda yang inginkan perawatan secara alami, berikut adalah beberapa tips-tips bagi mengatasi pertumbuhan jerawat. Kesannya mungkin agak lambat namun, kaedah ini lebih selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya.
1. Aloevera
Sejak dari dulu lagi lidah buaya sudah dipercayai mampu merawat masalah kulit. Ini kerana lidah buaya mengandungi kandungan anti-inflamasi yang sangat baik untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat disamping menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat. Cara penggunaan adalah sangat mudah iaitu, anda hanya perlu mengoleskan gel yang terdapat pada lidah buaya pada kulit muka anda. Setelah itu, biarkan selama 10 hingga 15 minit atau anda juga boleh membiarkan gel tersebut mengering pada kulit muka anda. Lakukan secara rutin sehingga anda mendapatkan hasil yang anda inginkan.
2. Tomato
Tomato bukan saja bagus untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat namun, tomato juga mampu membantu mengatasi masaalah jerawat. Ini kerana, tomato mengandungi vitamin yang mampu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat. Cara penggunaannya adalah, dengan memakannya begitu sahaja ataupun menjadikannya sebagai masker kulit.
3. Putih Telur
Putih telur sangat bermanfaat untuk membuang minyak yang berlebihan pada kulit yang akan menyebabkan penyumbatan liang pori. Seperti yang kita tahu apabila liang pori kita tersumbat, keadaan tersebut akan menyebabkan masalah jerawat timbul. Putih telur bukan sahaja mampu mencerahkan kulit malah mampu mengecilkan liang-liang pori di samping mampu merawat kulit agar kekal sihat. Cara penggunaannya adalah dengan menjadikan putih telur sebagai masker kulit. Lakukan kaedah ini secara rutin untuk mendapatkan kesan yang lebih. memberangsangkan.
4. Bawang Putih
Bawang putih memang terkenal dengan manfaatnya sebagai penyembuhan ajaib. Namun tahukah anda bahawa bawang putih juga mampu membantu mengecutkan serta menghilangkan jerawat. Ini kerana, bawang putih mengandungi zat sulfur yang mampu membantu anda merawat masalah jerawat. Cara penggunaannya adalah, letakkan bawang putih pada permukaan kulit yang mengalami masalah jerawat. Pastikan anda meletakkan pada bahagian jerawat sahaja. Lakukan kaedah ini jika masih terdapat jerawat timbul pada permukaan kulit anda.
5. Madu
Madu seringkali digunakan dalam makanan namun, madu juga sangat bermanfaat dalam membantu mengekalkan kesihatn kulit. Fungsi madu adalah, mempercepat penyembuhan jerawat. Cara penggunaannya adalah, campurkan 3 sudu makan kayu manis pada madu lalu masukkan dalam oven selama 1 minit. Setelah itu, biarkan seketika sehingga tidak panas. Oleskan madu tersebut pada kulit muka anda lalu biarkan selama 10 hingga 15 minit kemudian bilas muka anda dengan air suam.
6. Timun
Timun sangat baik dalam membantu mengurangi pembengkakan serta peradangan pada jerawat. Cara penggunaannya adalah, hiris timun lalu letakkan pada kulit muka anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kaedah ini sangat nyaman di samping memberi efek dingin pada kulit muka anda.
7. Ais Batu
Ais batu mampu memberikan efek dingin pada kulit anda di samping menjadikan kulit lebih relax. Ais batu juga mampu mengurangkan peradangan pada kulit. Cara penggunaannya adalah, bungkus ais dengan kain bersih lalu letakkan pada kulit muka anda. lakukan kaedah ini dua kali sehari untuk kesan yang lebih baik.
Kesimpulannya, jika masalah jerawat anda semakin teruk, anda dinasihatkan agar berjumpa pakar untuk mendapatkan solusi masalah anda. Jangan pernah mengambil jalan singkat dengan menggunakan produk sembarangan kerana ini hanya akan lebih memburukkan keadaan. Sebaliknya, amalkan gaya hidup sihat dan sentiasalah jaga kebersihan diri anda. Jika anda tidak sesuai dengan kaedah alami seperti yang dinyatakan di atas, sebaiknya anda berhenti dan mendapatkan solusi yang lainnya.
