Petua untuk mengenal hamil anak lelaki atau perempuan

 Setiap wanita yang sedang mengandung pasti tertanya-tanya akan jantina kandungan mereka itu. Mengetahui jantina bayi dalam rahim sangat penting agar, setiap keperluan untuk bayi tersebut dapat disediakan dengan awal. Terdapat beberapa cara untuk mengesan jantina bayi antaranya adalah, melalui teknologi terkini ataupun melihat kepada perubahan ketara yang berlaku kepada bakal ibu tersebut. Berikut adalah adalah tanda-tanda hamil anak perempuan atau lelaki yang perlu anda tahu.

1. Makanan

 Seorang ibu yang mengandung bayi lelaki lebih cenderung untuk makan makanan masin, masam dan makanan ringan. Berbeza dengan bayi perempuan, si ibu lebih gemar makan makanan manis, pedas dan yang sedap sahaja.

2. Denyutan jantung bayi

 Untuk bayi lelaki denyutan jantung adalah di bawah 140. Berbeza dengan bayi perempuan denyutan jantung adalah atas 140.

3. Seri wajah ibu

 Ketika mengandung bayi lelaki wajah Ibu akan kelihatan berseri-seri. Berbeza dengan bayi perempuan, muka ibu akan kelihatan kusam kerana dipercayai bayi tersebut menarik seri wajah ibu.

4. Perubahan saiz payudara

 Jika ibu mengandung bayi lelaki, maka payudara kiri ibu akan lebih besar. Berbeza dengan bayi perempuan, payudara sebelah kanan Ibu akan lebih besar.

5. Morning sickness

 Jika ibu mengandung bayi lelaki, ibu hanya akan mengalami alahan ringan atau sama sekali tidak ada. Berbeza dengan mengandung bayi perempuan, Ibu akan mengalami alahan teruk.

6. Emosi

 Emosi seorang ibu ketika mengandung bayi lelaki adalah, lebih tenang. Berbanding dengan mengandung bayi perempuan, emosi ibu adalah cepat marah-marah dan cepat naik angin.

7. Bentuk perut

 Bentuk perut ibu ketika mengandung bayi lelaki adalah, condong ke depan. Manakala ketika mengandung bayi perempuan, bentuk perut ibu membulat, melebar ke bawah dan lebih rata.

8. Pergerakan bayi

 Pergerakan bayi lelaki dalam perut adalah lebih teratur. Manakala untuk bayi perempuan, pergerakan dalam perut adalah tidak terjangka.

9. Penampilan ibu

 Ketika mengandung bayi lelaki, ibu akan malas bersolek bahkan malas mandi sesuai sekali dengan sifat lelaki. Berbeza dengan mengandung bayi perempuan, penampilan ibu akan lebih terjaga. Ibu akan lebih gemar bersolek dan menjaga penampilan diri.

10. Cara tidur ibu

 Jika ibu mengandung bayi lelaki, Ibu akan cenderung tidur mengiring ke sebelah kiri. Manakala, jika ibu mengandung bayi perempuan, Ibu akan lebih cenderung tidur mengiring ke sebelah kanan.

11. Sifat ibu

 Sifat ibu ketika mengandung bayi lelaki adalah, lebih tegas dan berpendirian teguh. Berbeza dengan mengandung anak perempuan sifat ibu lebih cenderung sensetif dan kuat menangis.

 Berikut adalah beberapa kaedah untuk memastikan bahawa anda mengandung anak lelaki atau perempuan. Namun harus dipastikan bahawa kaedah ini tidak semestinya betul. Untuk mendapatkan kepastian yang lebih tepat, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan jantina kandungan anda. Semoga perkongsian ini dapat membuahkan hasil kepada anda.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook

Contoh Soalan SPA9 Bahagian A Dan Bahagian B