Petua untuk mengatasi masalah serangan panik

 Serangan panik merupakan situasi di mana anda merasa takut secara tiba-tiba tanpa ada sebab yang jelas. Serangan panik ini berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa kita duga. Semasa serangan panik ini berlaku, jantung pesakit akan berdegup kencang dan perasaan takut akan menyelubungi mereka. Penyakit ini seharusnya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan perlu mendapatkan solusi segera agar dapat keluar daripada masalah mereka. Jangan pernah mengambil ringan akan masalah ini kerana, penyakit ini mampu membawa maut. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan diri daripada serangan panik.

1. Atur pernafasan

 Serangan panik menyebabkan anda bernafas terlalu cepat dan pendek. Ini menyebabkan denyutan jantung juga adalah laju. Semasa anda menghadapi masalah serangan panik, sila atur pernafasan anda dengan menarik nafas dalam melalui hidung dan menghembuskannya secara perlahan melalui mulut. Dengan mengatur pernafasan oksigen akan lebih mudah masuk ke dalam tubuh dan menyebabkan denyutan jantung menjad lebih normal.

2. Sentiasa berfikiran positif

 Berfikir secara positif sangat penting untuk menghindarkan diri daripada serangan panik. Ini kerana, serangan panik juga berlaku apabila anda berasa tertekan akan segala hal yang berlaku dalam hidup anda. Jika anda mempunyai masa lalu yang suram dan sukar dilupakan, anda seharusnya belajar menerima hakikat tersebut. Hal ini sama sahaja apabila anda terlalu berfikir negatif akan apa yang berlaku di hari yang akan datang. Oleh itu, cubalah untuk bertenang dan bertindak positif dalam mencari solusi bagi masalah anda.

3. Fokus terhadap hobi anda

 Setiap kita mempunyai hobi masing-masing. Jika anda tahu hobi merupakan terapi terbaik untuk menenangkan diri. Luangkan masa anda untuk melakukan sesuatu yang anda gemari dan ambil kesempatan tersebut untuk bertenang dan bersantai. Lupakan segala sesuatu yang menjadi beban kepada diri dan minda anda. Dengan ini, sudah tentu anda akan terhindar daripada serangan panik.

4. Olahraga

 Aktiviti olahraga diyakini mampu menurunkan kadar stress yang kita alami. Olahraga sangat penting untuk kesihatan tubuh dan organ dalaman seperti jantung. Ini kerana, olahraga merupakan senaman terbaik untuk jantung. Jika jantung kita sihat sudah tentu kita dapat berfikir dengan lebih waras. Hal ini menjadikan kita terhindar daripada terus-terusan berfikir negatif.

5. Berkongsi masalah

 Jika anda tahu, berkongsi masalah juga mampu meringankan beban fikiran kita. Keluarga terdekat mahupun sahabat juga boleh dijadikan sebagai teman curhat ketika kita berada dalam masalah. Walaupun mereka tidak dapat memberikan solusi untuk masalah anda, setidaknya anda tidak merasa keseorangan. Jangan pernah memendam masalah yang anda sendiri tidak boleh selesaikan kerana hal tersebuat hanya akan menjadikan anda stress. Jika anda tahu, serangan panik seringkali terjadi akinat stress. 

6. Menggunakan ubat-ubatan

 Jika anda mengalami serangan panik dan sukar untuk menanganinya, maka kaedah terakhir adalah dengan menggunakan ubat khas bagi meringankan penyakit anda itu. Kaedah ini sering digunakan oleh mereka yang mengalami serangan panik. Pesakit akan diberikan ubat penenang bagi menjadikan mereka berasa lebih tenang. Namun, sebelum menggunakan kaedah ini adalah lebih baik berjumpa dahulu dengan pakar untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.

7. Atur pola pemakanan sihat

 Amalan gaya hidup sihat sangat penting terutamanya pola pemakanan sihat. Hindari diri daripada pengambilan alkohol dan minuman ber kafein. Tingkatkan pengambilan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang sangat baik untuk kesihatan.

 Akhir kata, jangan pernah melayan perasaan negatif anda sehingga membawa kesan buruk terhadap diri anda. Cubalah untuk lebih sayang dan peka akan kesihatan anda pada setiap hari. Nikmati hari-hari anda walaupun tidak berjalan seperti yang diinginkan. Yakin dan percayalah bahawa suatu hari nanti akan ada hari yang bahagia untuk anda.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook