Manfaat bawang putih untuk kesihatan tubuh


 Bawang putih yang seringkali kita gunakan dalam masakan ternyata mempunyai nilai kesihatan. Bawang putih sudah lama digunakan dalam masakan dan perubatan kerana dipercayai sangat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran badan. Bahkan banyak antara kita mengatakan bahawa, bawang putih merupakan ubat ajaib yang mampu menyembuhkan beberapa jenis penyakit tertentu. Walau bagaimanapun, bawang putih ini tidak semestinya mampu merawat penyakit dengan kesan yang lebih cepat. Namun, tidak salahnya jika kita amalkan tabiat makan bawang putih sebagai rutin makanan harian dengan kadar yang secukupnya. Ini kerana, bawang putih sangat baik untuk kesihatan bagi meningkatkan kekebalan tubuh untuk menghindari penyakit.

1. Mencegah kanser

 Bawang putih diyakini mampu mencegah penyakit kanser. Banyak orang percaya bahawa, dengan mengkonsumsi bawang putih sebagai rutin makanan harian mampu menurunkan risiko untuk mendapat penyakit kanser. Ini kerana, bawang putih mengandungi sulfur aktif yang mampu mencegah pembentukan sel kanser. Untuk mendapatkan khasiat yang lebih banyak, anda boleh memakan bawang putih tersebut secara mentah.

2. Mengatur gula dalam darah

 Bawang putih sangat baik untuk kesihatan terutamanya untuk mengatur gula dalam darah. Ini kerana, bawang putih mampu meningkatkan insulin dalam darah. Bagi yang mengalami masalah diabetes, adalah lebih baik untuk mengkonsumsi bawang putih dalam makanan harian. Walaupun rasa dan bau bawang ini kurang menyenangkan, anda boleh mencobanya dalam kuantiti yang sedikit dahulu. 

3. Mencegah selesma dan batuk

 Manfaat bawang putih dalam mencegah selesma dan batuk sudah lama diketahui ramai. Ini Kerana, dengan mengkonsumsi bawang putih mampu meningkatkan sistem imun tubuh. Jika sistem imun tubuh anda tinggi maka, tubuh anda akan membentuk perisai untuk melawan sebarang penyakit.

4. Mengawal tekanan darah tinggi

 Tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit berbahaya yang boleh membawa maut. Jika dibiarkan, keselamatan anda mungkin dalam keadaan yang terancam. Dalam hal ini, bawang putih dipercayai sejak dahulu mampu mengawal masalah tekanan darah tinggi. Adalah lebih baik jika anda mengkonsumsi bawang putih ini sebagai rutin makanan harian anda walaupun ada banyak antara kita yang tidak suka akan bau dan rasanya. 

5. Mengatasi masalah jerawat

 Bawang putih juga  mampu mengawal pertumbuhan jerawat. Ini kerana, bawang putih mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-septik. Bawang putih ini mampu membantu untuk mengecut dan menyembuhkan jerawat. Cara penggunaannya adalah, hiris bawang putih tersebut lalu tempelkan di bahagian yang ada jerawat sahaja. Biarkan Dalam beberapa minit lalu bersihkan muka anda. Jika berlaku tindak balas negatif terhadap kulit anda, sebaiknya hentikan kaedah ini.

6. Mengawal paras kolestrol

 Bawang putih juga diyakini mampu mengawal paras kolestrol namun, tidak menjanjikan paras kolestrol terus dalam keadaan yang baik jika mengkomsumsi tumbuhan ini. Ini kerana, setiap kesembuhan mempunyai proses tersendiri. Walaupun kesannya adalah begitu lama namun, tidak salah jika kita mencubanya. Anda disarankan untuk mengkonsumsi bawang putih ini walaupun, anda tidak mempunyai sebarang penyakit. Ini kerana, bawang putih bagus untuk meningkatkan kekebalan tumbuh melawan penyakit.

7. Mencegah alzheimer dan demensia

 Bawang putih dipercayai mampu melawan pelbagai jenis penyakit. Ini kerana, bawang putih mengandungi anti-oksida yang mampu membantu melawan radikal bebas. Melalui rutin pemakanan bawang putih, masalah alzaimer dan demensia dapat diatasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam sebiji bawang putih mengandungi pelbagai khasiat yang mampu menjadi ubat semulajadi.

 Kesimpulannya setiap tumbuhan di bumi mempunyai fungsinya tersendiri begitu juga dengan bawang putih. Adalah lebih baik untuk kita mengkaji setiap kebaikan tumbuhan yang ada di dalam muka bumi ini. Gunakan setiap manfaat yang terdapat dalam tumbuhan untuk kepentingan diri dan orang lain. Tidak salah jika kita mencuba sesuatu yang mampu mendatangkan keuntungan terhadap diri sendiri dan orang lain. Sentiasa sayang akan diri anda dengan menjaga kesihatan tubuh badan.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook

Contoh Soalan SPA9 Bahagian A Dan Bahagian B