Bahaya penyakit cacar monyet

 Cacar monyet merupakan penyakit langka yang disebabkan oleh virus. Penyakit ini menular akibat daripa kontak dengan manusia atau haiwan yang terinfeksi. Monyet merupakan haiwan yang telah membawa penyakit ini. Cacar monyet ini hampir sama dengan cacar air namun gejalahnya adalah sedikit berbeza. Penyakit ini sangat berbahaya kerana akan membawa infeksi buruk terhadap paru-paru, mata dan otak. Penyakit ini akan memakan masa yang lama untuk sembuh iaitu antara 2 hingha 3 minggu. 

[ Gejalah penyakit ]

 Individu yang terinfeksi dengan virus cacar monyet ini akan menunjukkan gejalah seperti demam, pening, pembengkakan kelenjar getah bening, nyeri otot, sakit bahagian punggung dan kekurangan tenaga. Pembengkakan kelenjar getah bening inilah yang akan membantu anda untuk membezakan antara cacar monyet dengan cacar yang lainnya. Ketika menghidap penyakit cacar monyet ini, pesakit tersebut akan mengalami masalah ruam pada kulit yang akan mula muncul pada bahagian wajah kemudian di bahagian badan lainnya. Untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat jika terinfeksi atau tidak dengan penyakit ini, ujian laboratorium boleh dilakukan untuk mendapatkan kesahihan.

[Cara penularan ]

 Penyakit cacar monyet ini menular dalam tubuh manusia melalui luka terbuka, selaput lendir, air liur dan saluran pernafasan. Penyakit ini juga boleh menular melalui kontak rapat dengan haiwan yang terinfeksi virus ini. Penularan virus ini juga bisa terjadi melalui kontak rapat dengan pesakit yang menghidap cacar monyet. Penularan boleh berlaku melalui bersin atau batuk, sentuhan dan kontak tatap muka dengan pesakit. Virus ini juga boleh berjangkit melalui janin ibu hamil. Cara virus ini menjangkiti janin bayi adalah melalui plasenta.

[ Cara pencegahan ]

 Salah satu kaedah untuk mencegah penyakit ini adalah melalui pemberian vaksin smallpox. Kajian menunjukkan sebanyak 85% keberkesanan vaksin ini. Selain daripada pemberian vaksin, terdapat beberapa cara lain yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan sehari-harian untuk mencegah daripada terinfeksi penyakit ini. Antara langkah yang boleh diamalkan adalah menghindari kontak rapat dengan haiwan seperti monyet, tupai, tikus dan anjing jenis prairie. Haiwan ini sangat berbahaya terutamanya yang tidak diketahui tahap kesihatannya. Selain itu, hindari kontak langsung dengan pesakit cacar monyet serta peralatan yang digunakan oleh mereka. Seterusnya, pastikan tahap kesihatan haiwan anda dalam keadaan baik. Oleh itu, sentiasa rujuk tahap kesihatan haiwan anda kepada doktor haiwan. Disamping itu, pastikan daging yang dimasak haruslah matang sempurna. Akhir sekali, bagi petugas kesihatan pastikan menggunakan alat perlindungan yang sebaiknya ketika menangani pesakit yang menderita penyakit ini.

 Akhir kata, adalah sebaiknya kita mencegah daripada mengubati. Kekalkan kebersihan diri dan persekitaran agar penyakit ini dapat dihindari. Jangan pernah leka akan kesihatan diri anda kerana, kunci kebahagian terletak kepada tahap kssihatan tubuh badan anda.

Catatan popular daripada blog ini

Contoh Soalan SPA9 Bahagian A Dan Bahagian B

Kandungan berbahaya dalam sebatang rokok

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia