Petua mengatasi masalah sengugut

 Senggugut boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu senggugut primer dan sekunder. Senggugut Prima berlaku sehari atau dua sebelum atau ketika datang haid. Senggugut ini disebabkan oleh prostaglandin yang ada dalam lapisan rahim. Manakala senggugut sekunder pula berlaku sepanjang haid yang mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan. Masalah kesihatan ini disebabkan oleh endometriosis, adenomyosis dan fibroid. 

 Masalah senggugut ini kadangkala mengganggu rutin harian. Jika masalah senggugut anda menjadi lebih teruk, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Terdapat juga beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk mengurangkan rasa sakit ketika mengalami masalah senggugut.

1. Amalkan pemakanan sihat

 Makanan seimbang merupakan perkara penting untuk menjaga kesihatan diri. Makanan seimbang merupakan pengambilan makanan yang cukup untuk keperlyan tubuh badan. Setiap manusia memerlukan zat makanan untuk membina tubuh badan yang sihat dan cergas. Pengambilan makanan yang sihat ini juga akan mempengaruhi kitar haid yang normal. Untuk pengetahuan anda, tahap kesihatan seseorang diukur melalui pengambilan makanan harian anda. Oleh itu, anda sebaiknya gaya pemakanan sihat. 

2. Minum air hangat

 Air hangat sangat bagus untuk diminum ketika haid bagi mengelakkan senggugut. Ini kerana, air hangat mampu membantu menegangkan otot abdomen yang seterusnya akan membantu mengatasi masalah kekejangan ketika datang bulan.

3. Jaga pantang larang

 Ketika haid terdapat beberapa pantang larang yang perlu kita patuhi bagi mengelakkan berlakunya senggugut. Pantang yang dimaksudkan ini adalah melalui tabiat pemakanan. Ketika haid anda tidak digalakkan untuk minum minuman sejuk, makanan berminyak, gula dan garam berlebihan, makanan pedas, minuman berkafein, makanan ringan dan sebagainya. Setiap wanita mempunyai pantang larang tersendiri yang perlu dipatuhi sebelun atau ketika haid. Perlu difahamkan bahawa, terdapat juga wanita yang tidak mengalami sengugut walaupun melanggar pantang larang ketika haid. Namun, adalah lebih baik jika kita menjaga kesihatan diri sebelum sesuatu perkara buruk berlaku.

4. Ubat tahan sakit

 Ubat tahan sakit seperti paracetamol boleh diambil ketika mengalami senggugut. Pengambilan ubat ini tidak akan membantu menyembuhkan masalah senggugut anda namun boleh melegakan kesakitan yang dialami. Pengambilan ubat tahan sakit ini perlulah diambil dalam dos yang betul. Jika masalah senggugut anda tidak begitu teruk anda sebaiknya mencari kaedah lain untuk mengatasi masalah anda.

5. Olahraga

 Olahraga ketika haid sangat bagus untuk memperbaiki suasana hati, meningkatkan energi dan mencegah kelelahan kerana perubahan hormon saat haid. Olahraga ringan seperti yoga boleh dilakukan untuk melancarkan peredaran darah. Namun, jika badan anda kurang berasa nyaman, anda disarankan untuk beristirahat sahaja.

6. Tuaman air hangat

 Tuaman air panas sangat baik untuk melegakan kesakitan. Kaedah ini ramai digunakan oleh wanita ketika haid. Ini kerana, kaedah ini mampu menjadikan otot-otot lebih relaks. Melalui tuaman Ini, masalah sakit ketika haid dapat diatasi.

 Kesimpulannya, jangan pernah mengabaikan kesihatan diri. Sentiasa peka akan tahap kesihatan dan cubalah untuk mengubah kehidupan anda agar menjadi lebih sihat. Seperti yang sentiasa ditekankan bahawa, kunci sebuah kebahagiaan adalah bermula daripada kesihatan tubuh badan.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook

Contoh Soalan SPA9 Bahagian A Dan Bahagian B