Manfaat buah naga untuk kesihatan

  

 Buah naga atau dragon fruit merupakan sejenis tumbuhan jenis kaktus yang tergolong dalam keluarga Cactaceae. Tumbuhan ini berasal dari genus Cereus yang membawa maksud kembang malam sesuai dengan tumbuhan ini yang hanya mekar pada waktu malam. Buah naga sangat rendah kalori dan tidak mengandungi lemak. Namun, buah naga mengandungi nutrisi yang banyak dan baik untuk kesihatan. Contohnya, buah naga sangat kaya dengan kandungan vitamin C, vitamin B2 dan B3, magnesium, zat besi, kalsium dan antioksidan. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa buah naga merupakan salah satu tumbuhan yang sangat berkhasiat untuk manusia.


1. Baik untuk sistem pencernaan

 Jika anda mengalami masalah sembelit, buah naga merupakan solusi terbaik untuk mengatasi masalah anda. Ini kerana, buah naga kaya dengan kandungan prebiotik yang baik untuk sistem pencernaan. Prebiotik adalah sejenis serat yang diperlukan oleh bakteria baik dalam tubuh. Oleh itu, dengan hanya mengkonsumsi buah naga sebagai pencuci mulut mampu membantu anda mengelakkan masalah sembelit.

2. Menurunkan berat badan

 Buah naga sangat baik untuk dikonsumsi terutamanya bagi mereka yang sedang diet. Kandungan serat yang tinggi dan kalori yang rendah mampu membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal. Anda boleh mengkonsumsi buah ini sebagai makanan tambahan ketika diet.

3. Mencegah diabetes 

 Buah naga sangat baik untuk pesakit yang menghidap diabetes. Ini kerana, buah naga dapat menstabilkan paras gula dalam darah. Tambahan pula, buah boleh meningkatkan penghasilan insulin dalam badan. Dengan ini, masalah diabetes dapat  diatasi di samping sentiasa menjaga tabiat pemakanan sihat.

4. Baik untuk kesihatan jantung

 Biji-biji kecil yang terdapat dalam buah naga mengandungi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid lemak ini sangat bagus untuk kesihatan kardiovaskular. Ini kerana, asid lemak ini mampu mengurangkan kolestrol dalam badan yang menyebabkan pelbagai penyakit.

5. Mencegah kanser

 Buah naga sangat kaya dengan khasiatnya terutamanya dalam mencegah pertumbuhan sel kanser. Ini kerana, kandungan likopen iaitu sejenis antioksida dalam buah naga mampu membantu melawan sel kanser. 

6. Meningkatkan sistem imun

 Kandungan vitamin C dan karotenoid dalam buah naga baik untuk meningkatkan sistem imun tubuh manusia. Fungsi ini mampu membantu memelihara sel darah putih dalam badan. Dengan ini, sistem imun badan akan lebih kebal.

7. Baik untuk kesihatan kulit

 Buah naga sangat baik untuk kesihatan kulit kerana buah ini kaya dengan kandungan vitamin C. Kandungan ini sangat baik untuk kesihatan kulit disamping melambatkan proses penuaan. 

 Kesimpulannya, buah naga sangat kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Oleh sebab itu,  buah ini sangat baik untuk dijadikan makanan tambahan kerana mempunyai fungsi yang baik untuk menyokong kesihatan tubuh.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook