Manfaat halia terhadap kesihatan manusia

 

 Halia atau nama saintifiknya ialah zingiber officinale roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan dalam masakan dan pembuatan rempah. Halia ini tumbuh di beberapa negara seperti China, India, Indonesia, Afrika dan termasuk juga Malaysia. Halia mengandungi aroma dan rasa pedas yang unik. Ini kerana, halia mengandungi gingerol yang merupakan sebatian bioaktif dalam halia. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan manfaat halia ini. Antaranya ialah, dalam bentuk air rebusan halia, pati halia, minuman halia dan halia kering.

1. Haid

 Sejak dahulu lagi halia digunakan sebagai ubat tradisional bagi mengurangkan rasa sakit ketika haid. Dengan mengambil halia dua atau tiga hari sebelum datang haid dipercayai mampu mengurangkan rasa sakit ketika haid. Tambahan pula, halia juga mampu mengurangkan rasa kejang pada perut ketika datang haid.

2. Loya

 Halia sangat disarankan untuk diambil bagi melegakan loya. Sebagai contoh, kebanyakan ibu mengandung yang mengalami masalah morning sickness menggunakan halia untuk mengurangkan gejalah tersebut. Dengan mengambil satu gram halia setiap hari dipercayai mampu mengurangkan loya.

3. Menurunkan berat badan

 Halia sangat baik sebagai agen pembakar lemak dalam badan. Ini kerana, pengambilan halia mampu membantu proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisma dalam badan. Oleh itu, secara tidak langsung mampu membantu dalam proses penurunan berat badan. Namun diingatkan bahawa, kaedah ini akan sia-sia jika anda tidak mengamalkan tabiat pemakanan sihat dan olahraga.

4. Mengurangkan keradangan

 Halia mengandungi analgesik yang mampu mencegah keradangan. Manfaat yang terdapat dalam halia ini mampu membantu pesakit yang menghidap penyakit seperti osteoarthritis. Osteoarthritis merupakan penyakit yang berlaku akibat daripada kemerosotan pada sendi. Dengan mengkonsumsi halia dipercayai mampu mengurangkan rasa sakit dan bengkak akibat keradangan.

5. Melegakan batuk

 Halia sangat baik diambil ketika sedang batuk. Ketika batuk tekak akan berasa tidak selesa seperti gatal di bahagian tenggorokan. Dengan mengkonsumsi halia mampu melegakan ketidakselesaan tersebut. Ini kerana, halia diketahui mampu membantu melawan bakteria dan virus yang jahat dalam badan. 

6. Sistem pencernaan 

 Jika perut anda berasa tidak selesa akibat gangguan sistem pencernaan, ketahuilah bahawa halia mampu membantu mengatasi masalah anda. Untuk mendapatkan manfaat ini, kita boleh mengkonsumsi halia dalam bentuk teh ataupun makanan tambahan. Amalkan kaedah ini dua atau tiga kali sehari untuk kesan yang lebih memberangsangkan.

7. Melambatkan proses penuaan

 Kandungan antioksida yang tinggi dalam halia mampu membantu melambatkan proses penuaaan. Ini kerana, antioksida dalam halia mampu mempercepatkan proses pembaharuan sel. Tambahan pula, halia juga mampu membantu menyingkirkan radikal bebas dan toksin dalam badan. Oleh itu, secara tidak langsung proses penuaan juga dapat diperlambatkan.

 Kesimpulannya, halia sangat baik untuk kesihatan manusia. Oleh itu, sentiasa amalkan makanan sihat ini untuk mendapatkan manfaatnya.


Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook