Manfaat pisang terhadap kesihatan manusia


 Pisang adalah antara buah-buahan yang sangat kaya dengan sumber kalium. Tambahan pula, pisang juga merupakan salah satu buah yang paling bernutrisi dan banyak manfaatnya. Sebagai contoh, pisang yang belum masak mengandungi kanji namun, apabila pisang sudah masak kanji tersebut akan ditukar menjadi gula seperti glukosa dan fruktosa. Selain itu, terdapat juga kandungan nutrisi lain yang ada pada pisang. Antaranya ialah karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Oleh itu, jelaslah bahawa pisang merupakan antara makanan yang baik untuk kesihatan manusia.

1. Diabetes

 Pisang diketahui mampu membantu merawat penyakit diabetes. Ini kerana, paras gula yang terdapat dalam pisang diserap lebih perlahan. Hal ini menjadikan paras gula dalam darah adalah dalam keadaan terkawal.

2. Gout dan artritis

 Gout dan artritis berlaku disebabkan oleh asid urik. Pisang berfungsi baik dalam mengalkalikan darah. Sebagai contohnya, pisang menutral dan membuang asid urik yang berlebihan dalam badan. Oleh itu, secara tidak langsung masalah gout dan artritis dapat diatasi.

3. Mencegah serangan jantung

 Pisang sangat baik kerana mengandungi kalium dan magnesium yang baik untuk kesihatan jantung. Tambahan pula, kehadiran vitamin B dalam pisang sangat baik untuk penghasilan tenaga dalam otot jantung. 

4. Penyakit usus

 Pisang merupakan antara makanan ideal untuk merawat penyakit berkaitan dengan usus. Pisang sangat baik untuk merawat penyakit cirit-birit yang berlaku dalam kalangan budak-budak dan bahkan orang dewasa. Tambahan pula, pisang juga sangat baik untuk dimakan bagi mereka yang menghidap penyakit seliak. Seliak merupakan penyakit yang berlaku akibat daripada penyerapan usus yang lemah yang disertai dengan cirit-birit dan kekurangan zat akibat alahan kepada gluten. Oleh itu, amalkan makan pisang dalam untuk mendapatkan manfaat kesihatannya.

5. Menstabilkan tekanan darah

 Pisang sangat baik untuk menurunkan tekanan darah. Ini kerana, adanya kandungan kalium yang tinggi dalam buah pisang. Tambahan pula, kandungan natrium dalam pisang juga sangat baik untuk mereka yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi.

 6. Sembelit

 Pisang merupakan makanan pencerna yang terbaik. Jika anda pernah atau seringkali mengalami sembelit, anda sangat disarankan untuk mengkonsumsi pisang. Sembelit ini berlaku akibat daripada serat yang yang tidak terlarut. Dengan mengkonsumsi pisang mampu membantu saluran pencernaan agar berfungsi lebih baik. Ini kerana, pisang mengandungi prebiotik yang bagus untuk bakteria baik dalam usus.

7. Menurunkan berat badan

 Kita seringkali mendengar tentang fakta menarik bahawa pisang mampu menurunkan berat badan. Buktinya, banyak yang mengkonsumsi pisang dalam diet harian. Ini kerana, pisang mengandungi serat yang tinggi. Kandungan serat yang tinggi ini mampu menjadikan anda kenyang. Dengan ini, nafsu makan juga dapat dikawal. 

 Akhir sekali, pisang merupakan makanan sihat yang mampu menjadi ubat kepada beberapa penyakit. Tegasnya, pisang sangat baik untuk kesihatan manusia. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda mengkonsumsi pisang dalam makanan harian anda untuk mendapatkan manfaatnya.



Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook