Petua untuk memutihkan gigi secara alami
Gigi merupakan aset terpenting dalam anggota tubuh badan manusia. Ini kerana, gigi memainkan peranan penting dalam mencerminkan imej diri seseorang. Jika anda mempunyai gigi yang bersih dan putih, sudah tentu anda tidak akan berasa malu untuk mengukir senyuman di depan orang lain. Namun, jika anda mempunyai gigi yang kuning dan kotor, sudah tentu anda akan merasa rendah diri dan malu untuk bertegur sapa dengan orang sekeliling. Di sini kita boleh menilai bahawa gigi berperanan penting dalam meningkatkan keyakinan diri seseorang. Oleh itu, terdapat beberapa petua yang boleh kita amalkan untuk memastikan kebersihan dan kesihatan gigi sentiasa terjaga.
1. Arang
Arang sangat banyak digunakan dalam penghasilan produk pemutih gigi. Kandungan alkali yang terdapat dalam arang mampu membantu menghilangkan noda kuning pada gigi dan seterusnya menjadika gigi lebih putih dan bersih. Anda boleh menggunakan kaedah ini terlalu sering kerana mampu menghakis lapisan enamel pada gigi. Cukup hanya tiga kali seminggu gunakan kaedah ini.
2. Baking soda
Baking soda juga mampu membantu menanggalkan noda kuning pada gigi. Ini kerana, baking soda memiliki sifat abrasif yang mampu membantu menghakis kotoran degil pada gigi. Tambahan pula, baking soda membantu menghapuskan bakteria dalam gigi. Selain itu, baking soda juga mampu meningkatkan tahap keasaman di mulut yang mampu berfungsi mengambalikan lapisan gigi yang rosak. Untuk menggunakan kaedah ini, anda boleh mencampurkan ubat gigi dengan baking soda. Kaedah ini sangat bagus kerana, selain memutihkan gigi juga mampu menghindarkan masalah pembentukan karang gigi.
3. Cuka aple
Cuka epal yang digunakan dalam makanan juga merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Kandungan asam asetat pada cuka epal mampu membantu untuk membunuh bakteria dalam mulut. Namun, anda tidak disarankan untuk menggunakan kaedah ini secara kerap kerana mampu menghakis enamel pada gigi.
4. Kayu sugi
Kayu sugi sudah lama digunakan untuk tujuan kesihatan gigi. Kayu sugi ini mempunyai banyak fungsi seperti membersihkan mulut, memitihkan gigi dan menguatkan gusi. Cara penggunaan adalah, gosokkan kayu sugi tersebut pada gigi. Lakukan kaedah ini satu atau dua kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.
5. Lemon
Kandungan asam dalam limau mampu membunuh bakteria dalam mulut. Ini seterusnya mampu mencegah pembentukan noda kuning pada gigi. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu meletakkan perahan limau ini pada berus gigi lalu gosok gigi anda dengan. Anda juga boleh menggunakan air perahan limau ini sebagai bahan kumur. Tambahan pula, anda juga boleh mencampurkan baking soda dan perahan limau untuk kaedah ini.
6. Daun sirih
Daun sirih juga mempunyai banyak manfaat terutamanya untuk menjaga kesihatan gigi. Daun sirih ini mempunyai kandungan antioksida dan antibakteria yang alami. Fungsi daun sirih ini bukan sahaja mampu menghilangkan bau mulut bahkan juga boleh menghilangkan kotoran pada gigi seperti karies gigi, plak gigi dan noda kuning pada gigi. Melalui kaedah ini, gigi akan lebih terawat dan kekal cantik.
Kesimpulannya adalah lebih baik jika anda menjaga gigi anda sejak dari kecil lagi. Ini kerana, merawat gigi yang rosak bukanlah senang. Jika anda seorang yang berkemampuan, maka anda boleh mengeluarkan kos untuk perawatan gigi. Namun, jika anda tidak berkemampuan untuk menjalankan perawatan, sudah tentu keadaan gigi anda akan kekal begitu saja. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda sentiasa menjaga kesihatan gigi dengan tidak pernah lupa untuk memberus gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Yakinlah bahawa, mencegah dari awal adalah perilaku yamg bagus.
