Rawatan kecemasan akibat patukan ular

    

 Ular merupakan salah satu haiwan pemangsa yang sangat berbahaya. Ini kerana, gigitan ular mampu mengancam nyawa jika lambat untuk mendapatkan rawatan. Terdapat dua jenis kelompok ular iaitu, yang berbisa dan tidak berbisa. Ular berbisa ini sangat ditakuti kerana, jika dipatuk akan menyebabkan kegagalan sistem organ dan seterusnya mengakibatkan kematian. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang perlu anda ketahui bagi menangani kes patukan ular.


Gejalah

 Antara gejalah-gejalah akibat patukan ular adalah luka akibat kesan patukan, kesukaran bernafas, kejang pada anggota badan, rasa sakit, berpeluh, sukar bernafas, pening, muntah-muntah, dan penglihatan menjadi kabur. Jika mangsa tersebut gagal mendapatkan rawatan dengan segera maka, berlaku masalah kegagalan fungsi sistem organ yang seterusnya mampu membawa maut.


Rawatan kecemasan

 Rawatan awal untuk mangsa boleh diambil bagi mengelakkan risiko kegagalan fungsi organ. Rawatan ini sangat penting bagi memperlambatkan penyebaran racun ular dalam badan. Sekiranya anda berada dalam kawasan yang jauh dari pusat kesihatan, terdapat beberapa langkah yang perlu anda ketahui bagi menangani khasus akibat patukan ular ini. 

 Langkah pertama yang perlu anda lakukan bagi menangani khasus patukan ular adalah, jauhkan mangsa daripada kawasan yang berbahaya. Anda boleh menggunakan papan atau papah mangsa untuk mengalihkannya. Pastikan jangan panik dan kurangkan pergerakan mangsa. Ini bertujuan untuk menghentikan penyebaran racun ke seluruh badan mangsa. Setelah itu, lakukan pertolongan cemas dengan menghiris bahagian kulit mangsa yang terkena gigitan ular untuk mengeluarkan racun dalam badan. Seterusnya, tuangkan garam dalam air lalu kompreskan pada luka mangsa dengan menggunakan kain. Lakukan kaedah ini selama 10 hingga 15 minit. Pastikan untuk membawa mangsa tersebut ke hospital atau klinik dengan segara untuk mendapatkan rawatan.

 Mangsa haruslah dihantar ke pusat rawatan dengan segera untuk mengeluarkan racun ular dalam badan mangsa. Jangan pandang rendah akan patukan ular terhadap manusia kerana, kebanyakan kes akibat patukan ular ini mampu membawa maut jika lambat mendapatkan pertolongan. Sekiranya mangsa berjaya dihantar ke pusat rawatan, mangsa tersebut akan mendapatkan suntikan antivenom. Suntikan ini bertujuan untuk meneutralkan racun ular dalam badan. Tambahan pula, suntikan seperti anti-tetanus, antibiotik dan ubat tahan sakit juga akan diberikan jika perlu.


Rawatan tradisional

 Rawatan tradisional adalah untuk kes darurat sahaja. Jika mangsa berada jauh daripada kawasan pusat kesihatan, anda boleh menggunakan kaedah tradisional untuk sementara waktu bagi menahan penyebaran racun ke seluruh badan. Namun diingatkan bahawa, kaedah tradisional ini belum tentu mampu membantu membuang racun ular dalam badan dengan sepenuhnya. Kaedah ini hanya untuk tujuan darurat sahaja. 


1. Impatiens balsamina L

 Impatiens balsamina L atau lebih dikenali sebagai kembang keembung-keembung menjadi ubat tradisional untuk melawan racun ular dalam badan. Tumbuhan ini suda lama dikenali sebagai tumbuhan herba. Antara fungsinya adalah, meneutralkan racun ular dalam badan. Cara penggunaannya adalah, ambil beberapa pucuk bunga lalu hancurkan dengan sebati. Setelah itu, tempelkan pada luka yang telah dikeluarkan darahnya terlebih dahulu.


2. Nerium oleander

 Nerium oleander atau lebih dikenali sebagai oleander merupakan pokok renek dari subfamily Apocynoideae daripada keluarga dogbane Apocynaceae. Tumbuhan ini dikenalpasti sebagai tumbuhan beracun. Namun, tumbuhan ini suda lama dijadikan sebagai ubat tradisional untuk melawan racun ular dalam badan. Cara penggunaannya adalah, ambil beberapa daun dan batang oleander lalu tumbuk dengan sebati. Lalu tempelkan pada luka. Pastikan darah suda dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menempelkan ubat tradisional ini.

 Kesimpulannya, ular merupakan haiwan pemangsa yang sangat berbahaya. Ular tidak pernah menyerang manusia tanpa sebab. Namun, jika merasa terancam maka ular tersebut akan menyerang. Oleh itu, apa yang patut kita lakukan adalah sentiasa berhati-hati dan menggunakan alat perlindungan jika perlu. 

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook