Wabak penyakit Lumpy Skin Disease (LSD)

 Lumpy Skin Disease (LSD) merupakan penyakit yang menyerang ternakan seperti lembu dan kerbau. Wabak ini sangat berbahaya dan dibimbangkan jika merebak di ternakan lain. Jika penyakit ini merebak sudah tentu produk berasaskan lembu juga turut akan terjejas. Antara negara yang terkesan adalah Bangladesh, China, India dan Thailand. Jika penyakit ini dibiarkan merebak, sudah tentu akan membawa kepada kerugian.

 Wabak LSD ini menular dengan cepat disebabkan oleh vektor seperti nyamuk dan agas. Ini kerana, apabila patogen ini menghisap darah lembu yang menghidap penyakit LSD dan berpindah kepada lembu sihat, suda tentu penyakit ini akan mudah disebarkan. Tambahan pula, apabila lembu tersebut terinfeksi penyakit LSD, daging lembu yang dijangkiti itu tidak boleh dimakan lagi. Ini kerana, daging lembu yang terinfeksi dengan penyakit ini mampu membawa risiko kepada kesihatan manusia jika dimakan.

 Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai langkah boleh diambil bagi memutuskan rantaian penyakit ini. Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini, penternak lembu haruslah sentiasa memantau kesihatan ternakan lembu mereka. Jika salah satu daripada lembu terinfeksi dengan wabak ini, sila asingkan lembu tersebut dengan lembu yang sihat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan penyakit. Selain itu, penternak juga boleh meminta pertolongan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk memantau kesihatan dan persekitaran ternakan. Sebagai contoh, JPV menjalankan tugas untuk menyembur racun nyamuk dan agas agar penularan wabak ini dapat dibendung. Tambahan pula, bagi setiap lembu import haruslah menjalani kuarantin terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kawasan ternakan. Bagi setiap lembu yang positif penyakit LSD haruslah dikuarantin sehingga disahkan bebas daripada penyakit ini.

 Sebagai seorang penternak atau pengedar produk berasaskan lembu, pastikan anda sentiasa jujur dengan tidak menjual hasil daripada lembu yang terinfeksi dengan penyakit ini. Ini kerana, jika anda didapati bersalah suda tentu akan menyebabkan kerugian besar dan bahaya kepada yang mengkonsumsi. Oleh itu, sebelum menghantar keluar produk hasil ternakan, pastikan dahulu ianya selamat untuk dikonsumsi oleh manusia.

  LSD ini tidak menular sama sekali kepada manusia. Namun, akibat daripada penyakit ini, lembu jantan yang terinfeksi akan mengalami kemandulan. Keadaan ini sudah tentu akan merugikan penternak akibat daripada kurangnya produktiviti daripada ternakan.

 Kesimpulannya, sebagai penternak anda haruslah sentiasa memastikan kesihatan ternakan anda dalam keadaan yang baik. Oleh itu, setiap penternak haruslah peka akan kebersihan kawasan penternakan bagi membasmi pembiakan vektor seperti nyamuk. Melalui ini, keluaran produk ternakan akan terjamin kualitinya.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook