Cara tukar nombor telefon di WhatsApp
WhatsApp merupakan antara salah satu aplikasi yang sangat popular di dalam kalangan masyarakat. Setiap kita yang memiliki telefon pintar sudah tentu tidak asing lagi dengan aplikasi ini. Ini kerana, aplikasi ini banyak menyumbang kebaikan seperti memudahkan kita berhubung dengan seseorang secara percuma selagi mempunyai rangkain internet. Oleh sebab itu, aplikasi ini sangat popular. Berbalik kepada topik utama, hari ini kita akan membincangkan langkah-langkah mudah untuk menukar nombor telefon di aplikasi whatsapp. Anda ingin menukar nombor telefon di whatsapp namun takut jika data-data lama akan terpadam? Jangan risau kerana, whatsapp suda menyediakan cara untuk mengatasi masalah anda tersebut. Terdapat beberapa langkah mudah yang akan saya kongsikan bagi mengatasi masalah anda tersebut. Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk menukar nombor telefon anda di whatsapp adalah masuk di setting aplikasi ini. Setelah masuk di setting aplikasi whatsapp, akan keluar tampilan skrin ...