Cara kemaskini status aplikasi MySejahtera

 

 Aplikasi MySejahtera tidak asing lagi di telinga masyarakat pada masa ini. Aplikasi ini sangat penting dan berguna untuk membantu kerajaan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara. Tambahan pula, aplikasi ini juga penting bagi membolehkan pengguna melakukan penilaian kesihatan kendiri melalui aplikasi ini. Aplikasi ini turut memudahkan kerja Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mendapatkan maklumat awal bagi mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Oleh itu, sangat penting bagi setiap pengguna aplikasi ini untuk sentiasa mengemaskini aplikasi ini agar kesihatan kita pada setiap hari dapat dipantau. Secara tidak langsung, kaedah ini dapat membantu dalam memutuskan penyebaran wabak COVID-19.

 Sangat penting untuk kita sentiasa mengemaskini status kesihatan kita di aplikasi MySejahtera bagi membantu memutuskan talin jangkitan COVID-19. Bagi mereka yang belum tahu cara untuk mengemaskini status di aplikasi MySejahtera, boleh semak langkah-langkah yang berikut.


 
 Langkah pertama, sila masuk ke aplikasi MySejahtera. Setelah itu, masuk ke halaman COVID-19 Status.


 Seterusnya, anda akan nampak halaman ini. Sila tekan start untuk masuk ke halaman yang selanjutnya.

 Langkah yang terakhir, anda akan melihat halaman seperti dalam gambar. Apa yang anda perlu lakukan adalah menjawab kesemua soalan berkaitan dengan kesihatan semasa anda. Setelah selesai menjawab, anda bolehlah menekan butang submit.


 Untuk memastikan jika status akaun MySejahtera anda sudah dikemaskini, anda boleh masuk ke ruangan profile. Tarikh dan jam kemaskini status MySejahtera akan dipaparkan di dalam ruangan tersebut.

 Berikut adalah beberapa langkah untuk mengemaskini status MySejahtera. Sangat mudah dan tidak memerlukan kaedah yang panjang. Oleh itu, sebagai rakyat malaysia wajib memiliki aplikasi ini memandangkan rata-rata masyarakat kini memiliki kecanggihan teknologi digital. Bersama kita menghapuskan wabak ini melalui kerjasama masyarakat dalam memutuskan penularan wabak jangkitan penyakit ini.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook