Cara tukar nombor telefon di WhatsApp


WhatsApp merupakan antara salah satu aplikasi yang sangat popular di dalam kalangan masyarakat. Setiap kita yang memiliki telefon pintar sudah tentu tidak asing lagi dengan aplikasi ini. Ini kerana, aplikasi ini banyak menyumbang kebaikan seperti memudahkan kita berhubung dengan seseorang secara percuma selagi mempunyai rangkain internet. Oleh sebab itu, aplikasi ini sangat popular.


Berbalik kepada topik utama, hari ini kita akan membincangkan langkah-langkah mudah untuk menukar nombor telefon di aplikasi whatsapp. Anda ingin menukar nombor telefon di whatsapp namun takut jika data-data lama akan terpadam? Jangan risau kerana, whatsapp suda menyediakan cara untuk mengatasi masalah anda tersebut. Terdapat beberapa langkah mudah yang akan saya kongsikan bagi mengatasi masalah anda tersebut.




Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk menukar nombor telefon anda di whatsapp adalah masuk di setting aplikasi ini.



Setelah masuk di setting aplikasi whatsapp, akan keluar tampilan skrin seperti yang ada dalam gambar. Apa yang perlu anda lakukan adalah, masuk di bahagian ‘Change Number’.




Setelah anda menekan ‘Change Number’, maka akan keluar pula tampilan seperti ini.


Seterusnya, tampilan seperti ini akan keluar. Apa yang perlu anda lakukan pada bahagian ini adalah, mengisi nombor telefon lama dan nombor telefon baru yang bakal anda gunakan. Pada ruangan bahagian atas nombor telefon sila isikan nombor telefon lama yang sedang anda gunakan sekarang. Manakala, pada ruangan bawah nombor telefon sila isikan nombor telefon baru yang anda ingin gunakan.


Seterusnya, anda akan melihat tanpilan seperti ini. Ini adalah langkah terakhir di mana anda perlu memasukkan nombor pengesahan yang telah dihantar di telefon anda. Nombor pengesahan ini akan anda terima di nombor telefon baru yang telah anda daftarkan pada aplikasi whatsapp. Oleh itu, pastikan nombor telefon anda sentiasa aktif untuk penerimaan  sistem pesanan ringkas (sms). Setelah selesai memasukkan nombor pengesahan, maka nombor telefon lama akan bertukar kepada nombor telefon yang baru.

Tidak perlu risau akan maklumat penting yang ada pada whatsapp anda kerana semua maklumat tersebut tidak akan hilang. Tambahan pula, kenalan anda di whatsapp juga akan mendapat notis pemberitahuan bahawa anda telah menukar nombor telefon anda. 

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk menukar nombor telefon di whatsapp. Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk anda.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Cara upload gambar atau video dalam paparan kualiti HD di Facebook