Manfaat bawang putih untuk kesihatan tubuh

Bawang putih yang seringkali kita gunakan dalam masakan ternyata mempunyai nilai kesihatan. Bawang putih sudah lama digunakan dalam masakan dan perubatan kerana dipercayai sangat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran badan. Bahkan banyak antara kita mengatakan bahawa, bawang putih merupakan ubat ajaib yang mampu menyembuhkan beberapa jenis penyakit tertentu. Walau bagaimanapun, bawang putih ini tidak semestinya mampu merawat penyakit dengan kesan yang lebih cepat. Namun, tidak salahnya jika kita amalkan tabiat makan bawang putih sebagai rutin makanan harian dengan kadar yang secukupnya. Ini kerana, bawang putih sangat baik untuk kesihatan bagi meningkatkan kekebalan tubuh untuk menghindari penyakit. 1. Mencegah kanser Bawang putih diyakini mampu mencegah penyakit kanser. Banyak orang percaya bahawa, dengan mengkonsumsi bawang putih sebagai rutin makanan harian mampu menurunkan risiko untuk mendapat penyakit kanser. Ini kerana, bawang putih mengandungi sulfur aktif yang mam...