Catatan

Petua menghilangkan jeragat secara alami

Imej
     Jeragat merupakan antara masalah kulit yang sering dialami terutamanya golongan wanita. Masalah kulit ini sudah tentu akan merungsingkan keadaan anda.  Keadaan kulit yang bermasalah sudah tentu menyebabkan anda malu serta rendah diri apabila bertemu dengan orang lain. Masalah jeragat berlaku akibat pelbagai faktor. Antara faktor yang menjadi punca masalah jeragat adalah pemilihan produk kecantikan yang salah, keturunan, hormon, ubat-ubatan dan sinaran ultra ungu. Namun, kebanyakan masalah jeragat ini berlaku akibat pemilihan produk kecantikan yang salah. Banyak antara kita memilih produk yang salah asalkan produk tersebut menjanjikan kesan yang lebih cepat. Tindakan ini sudah tentu akan memudaratkan kesihatan kulit muka anda. Sebaiknya, anda menghindarkan diri daripada memilih produk yang salah sebelum anda menyesal di kemudian hari. Bagi anda yang sudah mengalami masalah jeragat ini, terdapat beberapa tips alami yang boleh anda gunakan untuk merawat kulit muka ...

Petua menjaga kesihatan mata secara alami

Imej
   Mata merupakan organ manusia yang berfungsi untuk melihat. Mata juga merupakan organ yang mempunyai fungsi luar bisa dalam tubuh manusia. Namun, pada masa kini tidak kira tua atau muda, banyak yang mengalami masalah penglihatan. Hal ini berpunca atas beberapa faktor antaranya adalah, katarak dan serebrum lens atau tumor. Namun, kehilangan ketajaman penglihatan lebih sering berlaku disebabkan oleh diabetes. Kekurangan pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga menyebabkan masalah kemerosotan retina dan menggalakkan kehilangan penglihatan di usia awal. Oleh itu, untuk memastikan mata berfungsi dengan bagus, mata hanya perlukan sedikit oksigen daripada beberapa jenis makanan yang mampu membantu mengekalkan kesihatan mata. 1.  Hindari pemakaian contact lens terlalu lama   Pemakaian contact lens memang tidak asing lagi dalam kalangan wanita atau lelaki. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa lens sangat popular pada masa kini. Terdapat pelbagai jenis lens...

Petua untuk rambut lebat dan sihat

Imej
    Memiliki rambut sihat dan subur merupakan impian semua orang. Hal ini kerana, rambut memainkan peranan penting dalam membentuk keterampilan diri seseorang. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah apabila kita melihat banyak antara kita sanggup menghabiskan wang hanya untuk perawatan rambut. Cuba anda bayangkan sahaja apabila anda mengalami masalah rambut gugur atau lebih parah mengalami kebotakan, tentu anda akan berasa rendah diri bukan. Berikut adalah tips untuk menjaga rambut agar kekal sihat dan lebat secara alami. 1. Lidah Buaya (Aloevera)    Manfaat aloevera memang tidak asing lagi di telinga masyarakat. Fungsi tumbuhan ini bukan hanya satu namun banyak antaranya adalah, melebatkan dan menguatkan akar rambut. Kandungan zat pada aloevera seperti vitamin A, Vitamin C, Vitamin B1 dan lain-lain mampu menjaga rambut kita agar sentiasa sihat. Cara penggunaannya adalah sangat mudah iaitu, anda hanya perlu mengambil gel yang ada pada aloevera tersebut lalu let...

Makanan yang menggalakkan pertumbuhan sel kanser

Imej
 Kanser merupakan penyakit yang sukar diubati dan menyerang manusia tanpa mengenal usia. Jika berlaku kelewatan rawatan pada peringkat awal, penyakit ini mampu membawa maut.  Hal ini menjadikan penyakit Kanser paling ditakuti daripada penyakit lain.   Kanser terjadi apabila berlaku ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Sel-sel ini biasanya akan bertambah mengikut aturan untuk membolehkan pemulihan dan tumbesaran namun, apabila berlaku pertumbuhan sel-sel abnormal secara tidak terkawal, keadaan ini  justru akan menggalakkan ketumbuhan atau dikenali sebagai tumor.  Antara faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan kanser adalah faktor pemakanan. Adalah sangat ironik apabila makanan yang seharusnya membawa kesihatan kepada tubuh badan manusia menjadi penyumbang utama kepada penyakit Kanser. Hal ini terjadi apabila manusia pada masa kini lebih gemar mengkonsumsi makanan berasaskan haiwan berbanding dengan tumbuh-tumbuhan yang merupakan p...

Penyakit berbahaya bawaan lalat

Imej
 Lalat merupakan patogen yang menjijikkan. Ini kerana, lalat merupakan haiwan yang kotor dan membawa penyakit berbahaya yang mampu mengancam keselamatan manusia. Faktor utama yang menjadikan lalat tergolong dalam haiwan kotor dan berbahaya adalah, lalat merupakan haiwan yang sering hinggap di tempat-tempat sampah/kotor. Lalat yang hinggap di tempat-tempat kotor akan langsung hinggap di atas makanan anda, dan ini akan menyebabkan penularan bakteria, virus dan juga parasit. Lalat juga mampu bertelur di atas makanan anda dan ini sudah tentu akan mengundang perkara buruk terhadap kesihatan anda terutamanya gangguan sistem pencernaan. Oleh itu, makanan yang sudah dihinggapi lalat seharusnya tidak dikonsumsi lagi untuk menghindarkan diri daripada penyakit berbahaya. 1. Kolera (Taun)    Kolera merupakan jangkitan pada saluran penghadaman yang disebabkan oleh bakteria Vibrio Cholerae . Virus ini tersebar melalui makanan atau minuman yang tercemar. Gejala utama penyakit Kolera in...