Catatan

Contoh Soalan SPA9 Bahagian A Dan Bahagian B

Imej
 Apakah anda pernah menghadiri peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali dengan nama singkatan SPA9? Peperiksaan SPA9 sangat penting untuk menentukan kelayakan anda mengikuti temuduga bagi jawatan yang ditawarkan. Jika anda gagal dalam peperiksaan sudah tentu anda tidak layak untuk meneruskan pemilihan ke peringkat seterusnya. Oleh sebab itu, anda perlu berusaha untuk lulus dalam peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak SPA9.  Peperiksaan yang dikeluarkan oleh pihak SPA9 adalah tidak kita ketahui dan sentiasa berubah-ubah. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah mengulangkaji setiap soalan SPA9 yang pernah dikeluarkan. Oleh itu, anda haruslah sentiasa peka akan format soalan SPA9.  Bagi anda yang belum pernah menduduki peperiksaan ini, anda perlu mengetahui dua benda penting sebelum menduduki peperiksaan ini. Dua benda penting tersebut adalah, peperiksaan SPA9 mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A, soalan adalah be...

Cara tukar nombor telefon di WhatsApp

Imej
WhatsApp merupakan antara salah satu aplikasi yang sangat popular di dalam kalangan masyarakat. Setiap kita yang memiliki telefon pintar sudah tentu tidak asing lagi dengan aplikasi ini. Ini kerana, aplikasi ini banyak menyumbang kebaikan seperti memudahkan kita berhubung dengan seseorang secara percuma selagi mempunyai rangkain internet. Oleh sebab itu, aplikasi ini sangat popular. Berbalik kepada topik utama, hari ini kita akan membincangkan langkah-langkah mudah untuk menukar nombor  telefon di aplikasi whatsapp. Anda ingin menukar nombor telefon di whatsapp namun takut jika data-data lama akan terpadam? Jangan risau kerana, whatsapp suda menyediakan cara untuk mengatasi masalah anda tersebut. Terdapat beberapa langkah mudah yang akan saya kongsikan bagi mengatasi masalah anda tersebut. Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk menukar nombor telefon anda di whatsapp adalah masuk di setting aplikasi ini. Setelah masuk di setting aplikasi whatsapp, akan keluar tampilan skrin ...

Kesan buruk maggie terhadap kesihatan manusia

Imej
 Adakah anda seorang yang gemar makan maggie? jom simak adakah makan maggie boleh memudaratkan kesihatan manusia.  Tidak dinafikan bahawa, faktor mengapa maggie menjadi pilihan utama masyarakat adalah kerana rasanya yang sedap, mudah disajikan dan harga maggie yang sangat murah. Hal ini menjadikan maggie merupakan salah satu makanan segera yang sangat popular dalam kalangan masyarakat. Beralih kepada topik utama, pengambilan maggie dalam makanan harian secara tidak terkawal mampu memudaratkan kesihatan. Ini dikatakan demikian kerana, kandungan dalam maggie jika dikonsumsi secara berlebihan mampu mengundang penyakit berbahaya. Oleh sebab itu, banyak artikel memaparkan tentang bahaya maggie. Namun, banyak antara kita tahu akan kesan daripada tabiat ini tapi enggan berubah.  Antara kesan akibat pengambilan maggie yang berlebihan adalah, mengundang penyakit hati dan buah pinggang. Ini terjadi kerana, maggie mengandungi bahan pengawet yang yang dipanggil Propylene glycol. Baha...

Cara kemaskini status aplikasi MySejahtera

Imej
   Aplikasi MySejahtera tidak asing lagi di telinga masyarakat pada masa ini. Aplikasi ini sangat penting dan berguna untuk membantu kerajaan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara. Tambahan pula, aplikasi ini juga penting bagi membolehkan pengguna melakukan penilaian kesihatan kendiri melalui aplikasi ini. Aplikasi ini turut memudahkan kerja Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mendapatkan maklumat awal bagi mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Oleh itu, sangat penting bagi setiap pengguna aplikasi ini untuk sentiasa mengemaskini aplikasi ini agar kesihatan kita pada setiap hari dapat dipantau. Secara tidak langsung, kaedah ini dapat membantu dalam memutuskan penyebaran wabak COVID-19.  Sangat penting untuk kita sentiasa mengemaskini status kesihatan kita di aplikasi MySejahtera bagi membantu memutuskan talin jangkitan COVID-19. Bagi mereka yang belum tahu cara untuk mengemaskini status di aplikasi MySejahtera, boleh semak langkah-langkah yang beriku...

Cegah penularan penyakit malaria monyet

Imej
     Pernahkah anda mendengar tentang penyakit malaria monyet?    Malaria monyet berlaku akibat daripada jangkitan nyamuk anopheles betina. Malaria monyet ini kerap terjadi di daerah tropis dan subtropis. Penyakit ini awalnya menyerang monyet ekor panjang, monyet ekor babi dan langur. Namun akibat daripada kemusnahan habitat, manusia kini lebih terdedah dengan haiwan ini. Akibatnya, nyamuk anopheles lebih mudah menularkan parasit plasmodium knowlesi terhadap manusia. Jangkitan ini berlaku akibat transmisi infeksi malaria bermula dari haiwan kepada manusia.   Antara golongan yang paling terdedah dengan penyakit ini adalah penoreh getah, pemburu, peladang dan yang tinggal di sekitar kawasan hutan. Gejalah malaria monyet  Gejalah penyakit malaria monyet ini umumnya muncul dalam 10 hingga 15 hari. Di sini kita boleh menilai bahawa pesakit malaria monyet akan mengalami gejala secara berlarutan sehingga ke tahap yang mencemaskan.   Pada a...

Petua mengatasi masalah kulit kering

Imej
      Kulit kering sering terjadi pada bahagian wajah dan anggota badan yang lainnya. Masalah ini berpunca akibat beberapa faktor seperti, usia dan cuaca. Kulit kering sudah tentu akan mengundang ketidaknyamanan. Ini kerana, masalah ini akan menyebabkan kulit terasa kasar, ketat terutamanya ketika selepas mandi, kulit bersisik, kulit terasa gatal berlaku perbezaan tona kulit dan sebagainya. Kulit kering ini terbahagi kepada tiga iaitu kulit kering, kulit sangat kering dan xerosis pra-atopik. Untuk terhindar daripada masalah kulit kering, terdapat beberapa petua yang boleh diadaptasikan dalam hidup bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku. 1. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran  Buah dan sayur sangat baik untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat disamping menjadikan anda kelihatan awet muda. Pengambilan buah dan sayur sangat baik kerana tumbuhan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Dengan adanya kepelbagaian nutrisi dalam buah dan sayuran...

Manfaat buah naga untuk kesihatan

Imej
     Buah naga atau dragon fruit merupakan sejenis tumbuhan jenis kaktus yang tergolong dalam keluarga Cactaceae. Tumbuhan ini berasal dari genus Cereus yang membawa maksud kembang malam sesuai dengan tumbuhan ini yang hanya mekar pada waktu malam. Buah naga sangat rendah kalori dan tidak mengandungi lemak. Namun, buah naga mengandungi nutrisi yang banyak dan baik untuk kesihatan. Contohnya, buah naga sangat kaya dengan kandungan vitamin C, vitamin B2 dan B3, magnesium, zat besi, kalsium dan antioksidan. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa buah naga merupakan salah satu tumbuhan yang sangat berkhasiat untuk manusia. 1. Baik untuk sistem pencernaan  Jika anda mengalami masalah sembelit, buah naga merupakan solusi terbaik untuk mengatasi masalah anda. Ini kerana, buah naga kaya dengan kandungan prebiotik yang baik untuk sistem pencernaan. Prebiotik adalah sejenis serat yang diperlukan oleh bakteria baik dalam tubuh. Oleh itu, dengan hanya mengkonsumsi buah naga sebagai pe...