Catatan

Petua untuk mengenal hamil anak lelaki atau perempuan

Imej
 Setiap wanita yang sedang mengandung pasti tertanya-tanya akan jantina kandungan mereka itu. Mengetahui jantina bayi dalam rahim sangat penting agar, setiap keperluan untuk bayi tersebut dapat disediakan dengan awal. Terdapat beberapa cara untuk mengesan jantina bayi antaranya adalah, melalui teknologi terkini ataupun melihat kepada perubahan ketara yang berlaku kepada bakal ibu tersebut. Berikut adalah adalah tanda-tanda hamil anak perempuan atau lelaki yang perlu anda tahu. 1. Makanan  Seorang ibu yang mengandung bayi lelaki lebih cenderung untuk makan makanan masin, masam dan makanan ringan. Berbeza dengan bayi perempuan, si ibu lebih gemar makan makanan manis, pedas dan yang sedap sahaja. 2. Denyutan jantung bayi  Untuk bayi lelaki denyutan jantung adalah di bawah 140. Berbeza dengan bayi perempuan denyutan jantung adalah atas 140. 3. Seri wajah ibu  Ketika mengandung bayi lelaki wajah Ibu akan kelihatan berseri-seri. Berbeza dengan bayi perempuan, muka ibu akan...

Petua untuk menurunkan berat badan

Imej
 Jika anda mempunyai berat badan berlebihan ditambah dengan bentuk badan yang tidak ideal sudah tentu kepercayaan diri anda berkurang. Banyak antara kita menginginkan bentuk badan ideal namun malas berusaha. Ada juga antara kita yang mengambil jalan pantas dengan menggunakan pil dan minuman pelangsing atau sebagainya. Namun tahukah anda bahawa, kaedah tersebut hanya akan menurunkan kondisi kesihatan tubuh anda. Jika anda tahu, masih banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan dalam usaha menurunkan berat badan. Walaupun kaedah yang dikongsikan memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasil yang diinginkan namun, kaedah ini dijamin selamat. Yang perlu anda lakukan adalah, tanamkan niat dalam hati bahawa anda boleh. Berikut adalah beberapa tips-tips untuk menurunkan berat badan yang perlu anda ketahui. Semoga bermanfaat untuk anda. 1. Olahraga  Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang terdiri daripada beberapa acara sukan seperti berlari. Olahraga merupakan kaedah yang pali...

Petua menghilangkan jerawat secara alami

Imej
 Masalah jerawat seringkali dialami oleh semua orang tidak kira perempuan atau lelaki. Masalah ini seringkali terjadi di kalangan para remaja. Jerawat seringkali tumbuh di bahagian muka atau bahagian badan lainnya. Keadaan ini sudah tentu akan merunsingkan anda serta ditambah lagi dengan kehilangan kepercayaan diri. Bahkan ada antara anda yang sanggup menghabiskan banyak wang hanya untuk mempercantikkan lagi keterampilan diri. Disini kita boleh melihat bahawa penampilan adalah sangat penting untuk seseorang.  Pelbagai langkah boleh kita ambil untuk mengatasi masalah jerawat ini tidak kira perlu berbayar atau secara alami. Jika mampu, anda boleh melakukan perawatan atau membeli kosmetik yang dapat membantu mengatasi masalah jerawat  namun, jangan pernah silap memilih produk. Bagi anda yang inginkan perawatan secara alami, berikut adalah beberapa tips-tips bagi mengatasi pertumbuhan jerawat. Kesannya mungkin agak lambat namun, kaedah ini lebih selamat dan tidak mengandungi ...

Petua mengatasi masalah depresi

Imej
 Masalah depresi bukanlah sesuatu perkara yang boleh kita pandang rendah. Jika depresi dibiarkan secara berterusan tanpa mengambil solusi untuk keluar daripada masalah ini, sudah tentu akan berakibat fatal. Depresi merupakan penyakit gangguan mental di mana kita berasa tertekan dan sukar untuk mengambil keputusan yang benar. Depresi sering berlaku akibat daripada tekanan dalam kehidupan seharian atau mempunyai sejarah hidup yang gelap. Individu yang menghidap depresi ini lebih suka menyendiri dan kehilangan minat untuk melakukan aktiviti harian.  Mereka yang menghidap penyakit depresi ini lebih cenderung melakukan sesuatu tindakan yang luar daripada kawalan mereka akibat daripada tekanan yang dihadapi. Individu yang mempunyai gejala depresi seharusnya mengambil tindakan awal untuk menangani masalah ini agar tidak berlanjutan. 1. Berkongsi masalah   Berkongsi masalah merupakan solusi yang terbaik untuk melepaskan segala tekanan yang ada dalam diri kita. Jika anda memp...

Kandungan berbahaya dalam sebatang rokok

Imej
 Tabiat merokok sudah lama menjadi trend masyarakat tanpa menilai kesan buruk daripada tabiat ini. Rokok adalah candu yang menyebabkan perokok aktif susah untuk berhenti merokok. Terdapat dua jenis perokok yang perlu kita tahu iaitu perokok aktif dan pasif. Perokok aktif adalah seorang perokok yang telah menghabiskan 100 batang rokok dan tetap merokok dalam satu tahun terakhir. Manakala, perokok pasif adalah individu yang tidak merokok namun terdedah dengan perokok aktif. Ini menyebabkan, individu yang tidak merokok juga terkena kesan buruk daripada individu yang merokok.   Amalan tabiat merokok amatlah tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan diri dan berakibat fatal. Ini kerana, rokok mengandungi bahan-bahan yang berbahaya yang mampu membawa maut. Walaupun kesan buruk rokok pada tubuh tidak bertindak dengan begitu cepat namun, lambat laun anda akan menyesal dengan tindakan anda tersebut. Sewajarnya anda sedar bahawa menjaga kesihatan tubuh adalah sangat pent...

Langkah-langkah mencegah penularan wabak Covid-19

Imej
 Pertambahan pesakit Covid-19 pada setiap hari menyebabkan hospital tidak mampu menanggung lebih ramai pesakit lainnya lagi. Tambahan pula, pertambahan pesakit Covid-19 ini menyebabkan kekurangan alat perubatan. Hal ini menyebabkan, sesetengah pesakit tidak mendapat rawatan yang secukupnya. Walaupun vaksin untuk penyakit ini telah dilancarkan namun, hanya sesetengah yang mendapat suntikan ini pada masa sekarang.   Dalam usaha menangani wabak ini, pelbagai langkah telah diperkenalkan untuk memastikan diri kita tidak terinfeksi penyakit ini. Langkah ini wajib kita patuhi agar penularan bagi penyakit ini dapat dihentikan dengan segera. Jelaslah bahawa, yang perlu bertindak untuk memutuskan penyebaran penyakit ini adalah diri kita sendiri. Oleh itu, kita haruslah sentiasa mematuhi langkah-langkah kebersihan diri agar terhindar daripada penyakit berbahaya ini. 1. Menggunakan penutup muka (mask)  Sentiasa menggunakan penutup muka dan hidung (mask). Anda dinasihatkan untuk ...

Petua menghilangkan jeragat secara alami

Imej
     Jeragat merupakan antara masalah kulit yang sering dialami terutamanya golongan wanita. Masalah kulit ini sudah tentu akan merungsingkan keadaan anda.  Keadaan kulit yang bermasalah sudah tentu menyebabkan anda malu serta rendah diri apabila bertemu dengan orang lain. Masalah jeragat berlaku akibat pelbagai faktor. Antara faktor yang menjadi punca masalah jeragat adalah pemilihan produk kecantikan yang salah, keturunan, hormon, ubat-ubatan dan sinaran ultra ungu. Namun, kebanyakan masalah jeragat ini berlaku akibat pemilihan produk kecantikan yang salah. Banyak antara kita memilih produk yang salah asalkan produk tersebut menjanjikan kesan yang lebih cepat. Tindakan ini sudah tentu akan memudaratkan kesihatan kulit muka anda. Sebaiknya, anda menghindarkan diri daripada memilih produk yang salah sebelum anda menyesal di kemudian hari. Bagi anda yang sudah mengalami masalah jeragat ini, terdapat beberapa tips alami yang boleh anda gunakan untuk merawat kulit muka ...