Manfaat buah naga untuk kesihatan
Buah naga atau dragon fruit merupakan sejenis tumbuhan jenis kaktus yang tergolong dalam keluarga Cactaceae. Tumbuhan ini berasal dari genus Cereus yang membawa maksud kembang malam sesuai dengan tumbuhan ini yang hanya mekar pada waktu malam. Buah naga sangat rendah kalori dan tidak mengandungi lemak. Namun, buah naga mengandungi nutrisi yang banyak dan baik untuk kesihatan. Contohnya, buah naga sangat kaya dengan kandungan vitamin C, vitamin B2 dan B3, magnesium, zat besi, kalsium dan antioksidan. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa buah naga merupakan salah satu tumbuhan yang sangat berkhasiat untuk manusia. 1. Baik untuk sistem pencernaan Jika anda mengalami masalah sembelit, buah naga merupakan solusi terbaik untuk mengatasi masalah anda. Ini kerana, buah naga kaya dengan kandungan prebiotik yang baik untuk sistem pencernaan. Prebiotik adalah sejenis serat yang diperlukan oleh bakteria baik dalam tubuh. Oleh itu, dengan hanya mengkonsumsi buah naga sebagai pe...