Petua mengatasi masalah kulit kering

Kulit kering sering terjadi pada bahagian wajah dan anggota badan yang lainnya. Masalah ini berpunca akibat beberapa faktor seperti, usia dan cuaca. Kulit kering sudah tentu akan mengundang ketidaknyamanan. Ini kerana, masalah ini akan menyebabkan kulit terasa kasar, ketat terutamanya ketika selepas mandi, kulit bersisik, kulit terasa gatal berlaku perbezaan tona kulit dan sebagainya. Kulit kering ini terbahagi kepada tiga iaitu kulit kering, kulit sangat kering dan xerosis pra-atopik. Untuk terhindar daripada masalah kulit kering, terdapat beberapa petua yang boleh diadaptasikan dalam hidup bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku. 1. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran Buah dan sayur sangat baik untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat disamping menjadikan anda kelihatan awet muda. Pengambilan buah dan sayur sangat baik kerana tumbuhan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Dengan adanya kepelbagaian nutrisi dalam buah dan sayuran...