Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Petua mengatasi masalah kulit kering

Imej
      Kulit kering sering terjadi pada bahagian wajah dan anggota badan yang lainnya. Masalah ini berpunca akibat beberapa faktor seperti, usia dan cuaca. Kulit kering sudah tentu akan mengundang ketidaknyamanan. Ini kerana, masalah ini akan menyebabkan kulit terasa kasar, ketat terutamanya ketika selepas mandi, kulit bersisik, kulit terasa gatal berlaku perbezaan tona kulit dan sebagainya. Kulit kering ini terbahagi kepada tiga iaitu kulit kering, kulit sangat kering dan xerosis pra-atopik. Untuk terhindar daripada masalah kulit kering, terdapat beberapa petua yang boleh diadaptasikan dalam hidup bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku. 1. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran  Buah dan sayur sangat baik untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat disamping menjadikan anda kelihatan awet muda. Pengambilan buah dan sayur sangat baik kerana tumbuhan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Dengan adanya kepelbagaian nutrisi dalam buah dan sayuran...

Manfaat buah naga untuk kesihatan

Imej
     Buah naga atau dragon fruit merupakan sejenis tumbuhan jenis kaktus yang tergolong dalam keluarga Cactaceae. Tumbuhan ini berasal dari genus Cereus yang membawa maksud kembang malam sesuai dengan tumbuhan ini yang hanya mekar pada waktu malam. Buah naga sangat rendah kalori dan tidak mengandungi lemak. Namun, buah naga mengandungi nutrisi yang banyak dan baik untuk kesihatan. Contohnya, buah naga sangat kaya dengan kandungan vitamin C, vitamin B2 dan B3, magnesium, zat besi, kalsium dan antioksidan. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa buah naga merupakan salah satu tumbuhan yang sangat berkhasiat untuk manusia. 1. Baik untuk sistem pencernaan  Jika anda mengalami masalah sembelit, buah naga merupakan solusi terbaik untuk mengatasi masalah anda. Ini kerana, buah naga kaya dengan kandungan prebiotik yang baik untuk sistem pencernaan. Prebiotik adalah sejenis serat yang diperlukan oleh bakteria baik dalam tubuh. Oleh itu, dengan hanya mengkonsumsi buah naga sebagai pe...

Rawatan kecemasan akibat patukan ular

Imej
      Ular merupakan salah satu haiwan pemangsa yang sangat berbahaya. Ini kerana, gigitan ular mampu mengancam nyawa jika lambat untuk mendapatkan rawatan. Terdapat dua jenis kelompok ular iaitu, yang berbisa dan tidak berbisa. Ular berbisa ini sangat ditakuti kerana, jika dipatuk akan menyebabkan kegagalan sistem organ dan seterusnya mengakibatkan kematian. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang perlu anda ketahui bagi menangani kes patukan ular. Gejalah  Antara gejalah-gejalah akibat patukan ular adalah luka akibat kesan patukan, kesukaran bernafas, kejang pada anggota badan, rasa sakit, berpeluh, sukar bernafas, pening, muntah-muntah, dan penglihatan menjadi kabur. Jika mangsa tersebut gagal mendapatkan rawatan dengan segera maka, berlaku masalah kegagalan fungsi sistem organ yang seterusnya mampu membawa maut. Rawatan kecemasan  Rawatan awal untuk mangsa boleh diambil bagi mengelakkan risiko kegagalan fungsi organ. Rawatan ini sangat penting bagi memp...

Manfaat halia terhadap kesihatan manusia

Imej
   Halia atau nama saintifiknya ialah zingiber officinale roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan dalam masakan dan pembuatan rempah. Halia ini tumbuh di beberapa negara seperti China, India, Indonesia, Afrika dan termasuk juga Malaysia. Halia mengandungi aroma dan rasa pedas yang unik. Ini kerana, halia mengandungi gingerol yang merupakan sebatian bioaktif dalam halia. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan manfaat halia ini. Antaranya ialah, dalam bentuk air rebusan halia, pati halia, minuman halia dan halia kering. 1. Haid  Sejak dahulu lagi halia digunakan sebagai ubat tradisional bagi mengurangkan rasa sakit ketika haid. Dengan mengambil halia dua atau tiga hari sebelum datang haid dipercayai mampu mengurangkan rasa sakit ketika haid. Tambahan pula, halia juga mampu mengurangkan rasa kejang pada perut ketika datang haid. 2. Loya  Halia sangat disarankan untuk diambil bagi melegakan loya. Sebagai contoh, kebanyakan ibu mengandung yang mengalami ...

Manfaat pisang terhadap kesihatan manusia

Imej
 Pisang adalah antara buah-buahan yang sangat kaya dengan sumber kalium. Tambahan pula, pisang juga merupakan salah satu buah yang paling bernutrisi dan banyak manfaatnya. Sebagai contoh, pisang yang belum masak mengandungi kanji namun, apabila pisang sudah masak kanji tersebut akan ditukar menjadi gula seperti glukosa dan fruktosa. Selain itu, terdapat juga kandungan nutrisi lain yang ada pada pisang. Antaranya ialah karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Oleh itu, jelaslah bahawa pisang merupakan antara makanan yang baik untuk kesihatan manusia. 1. Diabetes  Pisang diketahui mampu membantu merawat penyakit diabetes. Ini kerana, paras gula yang terdapat dalam pisang diserap lebih perlahan. Hal ini menjadikan paras gula dalam darah adalah dalam keadaan terkawal. 2. Gout dan artritis  Gout dan artritis berlaku disebabkan oleh asid urik. Pisang berfungsi baik dalam mengalkalikan darah. Sebagai contohnya, pisang menutral dan membuang asid urik yang berlebihan dalam badan...

Makanan sihat untuk minda yang cergas

Imej
 Jika anda seorang yang pelupa, sudah tentu keadaan ini akan menyebabkan anda runsing. Tambahan pula jika perkara tersebut adalah sangat penting. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa antaranya ialah, faktor usia. Difahamkan bahawa, semakin tinggi usia semakin kurang daya ingatan individu tersebut. Namun, jika kita perhatikan, orang muda bahkan kanak-kanak juga turut mengalami masalah ini. Oleh itu, adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan minda untuk memastikan daya ingatan sentiasa kuat.  1. Kismis  Kismis merupakan salah satu makanan tambahan yang baik untuk perkembangan minda yang sihat. Ini kerana, kismis mengandungi boron yang berfungsi untuk meningkatkan tumpuan, koordinasi dan ingatan seseorang. Maka dengan itu, tidak hairanlah bahawa ramai antara ibu bapa menggalakkan anak-anak untuk mengkonsumsi kismis dalam makanan harian mereka. Oleh itu, jika anda inginkan minda yang sihat dan cergas, bolehlah amalkan tabiat pemakanan kis...

Wabak penyakit Lumpy Skin Disease (LSD)

Imej
 Lumpy Skin Disease (LSD) merupakan penyakit yang menyerang ternakan seperti lembu dan kerbau. Wabak ini sangat berbahaya dan dibimbangkan jika merebak di ternakan lain. Jika penyakit ini merebak sudah tentu produk berasaskan lembu juga turut akan terjejas. Antara negara yang terkesan adalah Bangladesh, China, India dan Thailand. Jika penyakit ini dibiarkan merebak, sudah tentu akan membawa kepada kerugian.  Wabak LSD ini menular dengan cepat disebabkan oleh vektor seperti nyamuk dan agas. Ini kerana, apabila patogen ini menghisap darah lembu yang menghidap penyakit LSD dan berpindah kepada lembu sihat, suda tentu penyakit ini akan mudah disebarkan. Tambahan pula, apabila lembu tersebut terinfeksi penyakit LSD, daging lembu yang dijangkiti itu tidak boleh dimakan lagi. Ini kerana, daging lembu yang terinfeksi dengan penyakit ini mampu membawa risiko kepada kesihatan manusia jika dimakan.  Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai langkah boleh diambil bagi memutuskan rantaian...

Petua untuk memutihkan gigi secara alami

Imej
 Gigi merupakan aset terpenting dalam anggota tubuh badan manusia. Ini kerana, gigi memainkan peranan penting dalam mencerminkan imej diri seseorang. Jika anda mempunyai gigi yang bersih dan putih, sudah tentu anda tidak akan berasa malu untuk mengukir senyuman di depan orang lain. Namun, jika anda mempunyai gigi yang kuning dan kotor, sudah tentu anda akan merasa rendah diri dan malu untuk bertegur sapa dengan orang sekeliling. Di sini kita boleh menilai bahawa gigi berperanan penting dalam meningkatkan keyakinan diri seseorang. Oleh itu, terdapat beberapa petua yang boleh kita amalkan untuk memastikan kebersihan dan kesihatan gigi sentiasa terjaga. 1. Arang  Arang sangat banyak digunakan dalam penghasilan produk pemutih gigi. Kandungan alkali yang terdapat dalam arang mampu membantu menghilangkan noda kuning pada gigi dan seterusnya menjadika gigi lebih putih dan bersih. Anda boleh menggunakan kaedah ini terlalu sering kerana mampu menghakis lapisan enamel pada gigi. Cukup h...